Translate

Showing posts with label repekan si psykik. Show all posts
Showing posts with label repekan si psykik. Show all posts

6 Apr 2013

curi masa

banyak nak cerita
tak terkira
tapi masa selalu tiada
ni aku curi curi juga

alhamdulillah habis berjual bertugas dan mempromosi
booth aku and the geng #I am Lejen sempena Karnival D' Puncak

ni temu janji dengan assignment
tanpa henti
bila masa aku kan henti
bila aku rasa ngantuk
tertidur

lupakan segala rasa cinta
aku muak!
mungkin hati dan mindset aku dah cakap
aku tak nak maka tak nak lah
pantang betul orang duk paksa paksa ni
lantak la aku tak kan pujuk orang orang camtu
aku tak minta faham aku
sebab awal awal aku dah bagitahu
aku sibukkkk!
aku hanya minta sabar dengan aku
aku sangat hargai orang orang yang sentiasa ada bila aku perlu
bila aku stress mereka beri
sokongan padu
nasihat
dan paling penting
mereka faham aku
tanpa aku pinta
mereka faham

terima kasih

moga ALLAH membalas segala kebaikan kamu



2 Jan 2013

kembali

weehooooooo


lamaa gilerrr tak membebel memuntah dan meluahkan disini.padahal aku punyalah banyak cerita since minggu minggu kritikal dengan assignment melampau tu.setiap hari aku try nk log in..tapi tak boleh ;(

sabar je la kan.emmmmm emmmm [tak tahu nak start cerita dari mane ni weh banyak sangatt]

dem.tadi aku dah taip panjang lebar banyak giler..then aku baca..xpelah..biar benda tu aku dan orang2 tertentu je tahu.aku lupa kan saje la ;) *think positive

dan bayangkan....aku dah loading beberapa minit tuk upload pict memanah kitorg...last last berukben gua sangkut dan terpaksa laaa di stopkan.dan last aku dah malas nak upload.heheh..uji kesabaran kan.

chill.benda kecik je tu berbanding kesabaran yg ditanggung saudara mara kita kat Gaza tu NS oi.

NS tu stand for my fullname.

ok sambung lagi....
.
.
.
.
.

ok malam ni aku rasa best dan gumbira..senyum tak henti sebab...lama xonline fb lame2 camni..hamek semua geng2 sekolah rendah semua keluar.hahaha dan paling best ialah..haha sorang geng gaduh buli aku chat dgn aku.entah rasa bahagia....;)

ok sedihnya pulak anak buah aku Qaseh Zaharah demam ;(( before aku on9 tadi ni abang aku dah bawak g klinik...dan terus ke rumah mak mertuanya.aku nak balik kampus esok..harap harap ketemu lg budak tomel tuuu! ;)

aku haram xpack barang dan beg lagi.yg pasti jajan dan snack aku shopping kemain kat jom heboh baru ni dah ada 2 beg.see! aku nak balik g final exam....2 minggu je..tapi banyak lak jajannye haha.yelaaa nak study kena kudap2 lebih sikit katanya...lagi aku bawak ni bukan untuk aku sorang je...haruslah bagi semua geng yg ade baru meriah.aku makan sorang2 mmg xsyok rasa...dlm locker aku tu ade lagi biskut yg dr awal sem september aritu beli xabes abes....yelaa dah aku jarang ade kat bilik...makan pun luar selalu.sampai tgk duit dah kering baru sedar diri makan tapau beli kat macik pacik tepi tu je.hehe alhamdulillah ;)

ok aku chalo dulu.nak study....exam aku start 8hb selasa depan.doakan aku ye kawan n_n


tata.assalamualaikum

26 Nov 2012

mak call cakap kita kalah .HAHA


time makan kat kedai makan,sambil tengok bolaa....
lepas Singa dah sumbat 1..aku terdetik..cuba bersangka baik huhu
tapi aku blah terus..sebab dah abis makan dan ada meeting dengan atlet SAF pulak
SAF ni Sukan Antara Fakulti
aku pengurus sukan memanah..

dahh jangan wat muka terkejut sangat.
sukan lain semua budak lain dah jadi pengurus lagipun ok gak
sebab aku tengok jadual pertandingan..memanah ni hari sabtu dan ahad 8 dan 9 Disember ini
ok la kot, xkacau jadual weekdays aku dengan esaimen + test +presentation+quiz semua bagai..
lama gak xbalik dekat 3 minggu
minggu ni anak buah aku tersayang Qaseh Zaharah punya birthday .genap setahun ;)
alhamdulillah makin tomei..dan nakal dan lasakkkk...
huarghhh tak larat untie dia ni kadang2

ohh tadi balik meeting, mak call
"malaysia kalah...3-o tahu tak....blablablablaa"
phewww mak aku..haha tengok gak rupanya.
ingat anak dia je..haahhha.
em bergayut dengan mak lama giler..lebih baik borak dengan mak
dari aku borak pasal kekalahan Malaysia tadi
dah lama borak.....bila nak letak tu cam sayu je..emm rindunyaa...
mak cakap kalau tak sibuk, baliklaa..minggu ni wat birthday party kat umah..
mak masak macam2

dan aku...terus cek schedule aku..emm dah berpalang..1 dan 2 Dis bermula larian SAF..
aku pun masuk sekali larian tu tak silap
kat main campus tu
takpelah..berkorban seketika...tunggulah aku dah abis belajar...
siang keje...malam nak spend time for family
aiceh..tu pun kalau aku punya plan giler tak jadi.
aku ni macam suka nak merantau tempat orang.
so terfikir lagi...gunakan setiap peluang dan kesempatan yg ada ni..
untuk bersama keluarga dan sahabat tersayang
sebelum aku mula melangkah ke alam pekerjaan


ehh ok laaa...repekan halus kali ni berhenti disini.

phuiii bosan sebenarnya ni...walhal dari pagi tadi tak tido lagi
buat esaimen public relation
alhamdulillah siap gak td petang.
rasa puas hati gak, tapiii.............emm malam tadi aku rasa cam sedikit kecewa
keje yang aku giler2 kaw2 buat tapi tidak menepati kehendak
apabila pihak tengah mula mengambil alih kerja mencetak
tapi aku paham..no choice..kedai tu takleh nak print yg aku nak
paper quality pun tak menepati kehendak aku
tapi tapi...takpe takpe...insyaALLAH semua akan ok
cuma yelah....sebagai manusia aku tak terlepas rasa kecewa..
tapi tak salahkan sesapa lah...kalau aku berada ditempat dia MUNGKIN aku buat benda sama.

emm
 

25 Aug 2012

aidilfitri dan hal lamaran

Assalamualaikum.

pheewww phewww phewww

haa tu starting hembus habuk kat blog yang dah berhabuk tahap gaban ni.bukan ape, since keje part time aritu aku duk umah sewa kat putrajaya tu..mane lah bawak lappy.hehe...kalau tak, memang hari2 gak laa nak share story.

macam macam

sampai aidilfitri pun aku xwish kat blog sendiri.

ok rasa xterlambat lagi la kan nak ucap selamat hari raya aidilfitri kepada semua sahabat dan saudara seIslam seluruh dunia terutama yang sedang membaca ni lah.maaf zahir dan batin yaw ;)

dari mana tah aku nak mula ni, em em em ok lah in short..beberapa hari before raya hari tu..adalah hamba ALLAH ni..sahabat aku juga...tapi hampir sebulan kami dah xcontact..aku pulak style aku memang xkan mesej atau mula apepon terhadap lelaki..axceot lah kau memang member best aku..aku suke je nak kacau hahaha.ok balik story tadi, sahabat aku tu...em em aku betul2 shortkan ni..tetiba dia mesej...time dia mesej lak aku mesti da tido.aku tido awal taw x....yelaaa keje an..penat penat..huhu.so bila esoknya aku standby awal2 cakap aku dah ready and suh dia call.sumpah! aku xtaw menahu la pulak ape benda la topik yg dia nak borakkan yang penting sgt ni kan...sekali bila da call tu..ok berbasa basi dulu..cite tang tu tang tu..actually aku pun kekok semacam borak dengan lelaki ajnabi ni...huhu bukan ape..terasa mahal pulak suara ni..serius, aku jenis kurang berinteraksi di panggilan telefon.mesej saje kan cukup ;)

ohoiii melencong lagi cite ni..ok fokus fokus

ehem!

sebenarnya...

dengan suara terketar ketar [ya, aku dapat merasainya]

at first , pause agak lama....aku pun diam
then aku cam dah dapat agak..aku cakap..xpe cakap je..saya xmakan orang.hehehhe..gelak sikit2 nak kurangkan reda si dia..

haa! nak tahu???

ok emmm

huhu

dia sebenarnyaa

nak jadi halal bagi aku.
ok blur jap aku lepas dengar ayat tu

ayat dia pusing sikit2....tapi niatnya aku tahu.
aku yang mula2 nak tido ni..terus segar mata tahu x?
terdiam lama

dia je bercakap sebab aku memberi peluang.
benar, dia mencari isteri..bukan gf/makwe dan sementara ni.

haaaa! lagi laaa aku seram..huhu
tu kira lamaran lah kan...??ke tak..siap nak jumpa parents aku if aku setuju

masalahnya..beliau hanyalah ku anggap sahabat.tidak lebih dari itu..
emm umur kami ye agak jauh beza...huhu xkesah la kot cz aku suke lelaki yang matang.tapi masalahnya..aku dengan terkejut gabannya ketika itu..phewww kalau kau nampak muka aku time tu...rasa cam xde darah pun ada..tapi aku cakap dah berpunya.direct xnak beri harapan..walau jawapan berpunya tu sebenarnya sedikit rekaan..ye memang aku sedang berkawan..tapi entah yang betul2 buat aku jatuh cinta, jatuh cair ni belum ada.sahabat2 yang ada ni..memang dorang pun niat nak memperisterikan aku..tapi entah la ye...bukan aku cerewet..YA ALLAH..tidaklahh....just macam2 aku fikir.aku ni belajar pun xabes lagi..perangai cam kanak2 ribena....myb tu yang aku terlayan lelaki yg suke bercakap lemah lembut..suke memanjakan aku..kalau ada....eh bukan..aku harap calon suami aku harus pandai memanjakan aku..huhu, matang haruslahhh...bimbing aku bab agama...dan macam2 laahh...

ok balik lamaran tadi tu..alhamdulillah dia paham.dan kami berkawan seperti biasa...walau rasa cam da biasa sangat lepas luahan hari tu.aku pun pandai2 laaa melayan reply mesej org..agar dia tidak mengharap bukan2..masalahnya aku jenis yg layan org baik sbb org layan kita baik..haaa..da memang aku camtuuu....memang aku suke wat org happy la cenggituu...


then, hari tu....adala mesej2 dengan sorang sahabat ni..dia pun berniat cam ingin menjadikan aku calon isterinya.tetiba aku cam fobia...pesal asek orang nak lamar aku ni...takut pun ada....hoho.ok aku punya ayat lebih kurang camni lah

saya single and available..sy milik ALLAH.milik ayah mak saya..

haa lebih kurang tu laa..bukan ape...takut dia selesa yg kita milik dia..walhal aku sendiri pun bercelaru haru biru bab nak sentuh hati perasaan ni..sbb setiap kali lepas solat mesti minta ALLAH tolong jagakan hati aku hanya untuk suami aku.berikan aku jodoh yang aku cinta dia, dia cinta aku..keranaMU.dan macam2 lah doa...

kesimpulannya disini...semoga ALLAH membuka benar2 hati aku..siyes oh, aku elak utk kecewakan orang.sebab aku rasa sakit bila aku kecewakan orang...aku dah rasa..so xnak orang lain rasa sama.



21 Jul 2012

1.kelate, kawan,makan


malam tadi berkejar kejaran aku ke dapur.
goreng cekodok bilis
lari masuk dalam, tgk TV

kelate lawe QPR [Queens Park Rangers]

pheww aku geram betul dengan defend kelate.
kesian tgk si Shahrizan Ismail tu [gk]
defend kurang membantu
kurang ke?
lagi pulak team QPR main bukan betul-betul pun
acah acah je
siap kunyah chewing gum lagi.
ade orang cakap,
kalau Apex yg jaga mungkin xberbolos 5 tu
ok fine Apex lagi.
dia kan rehat..nak ke Olimpik.
masalahnya, main bola sorang2 ke?
harap Apex sorang ke?
bola tu sejibik main bukan sorang2.ok paham?

bagilah keeper bertaraf dunia camne pun kalau xde kerjasama
lagi lagi defend..
pergh terabur wa cakap lu.

ok mereka dah usaha.
dah dah aku emo malam tadi
naseb malam tadi
sebelum puasa
hari ni dah puasa
nak lebih lebih pun xguna
ada betul ke?hah angguk kepala.

eh minah ni bising lak..orang tu dah main baik ko leh nak mengutuk
bukan kutuk bro, keji sikit je.
nak berjaya biar makan keji dari hipokrasi
depan tunjuk lagak baik
belakang pijak gajah pun tak mati.
hamek kau!
pijak gajah aku bagi contoh terus.
eh eh eh ni dah salah arah aku ni
tadi cite bola ni dah ke lain.
ush lain lain
meh pulang ke pangkal jalan meh.
ayuhhh

ok ada lain cerita.
ape perasaan kau bila kawan dari FB yg dah dekat 3 tahun kawan
tetiba aku xtahu lah salah ape aku cakap
ke memang dia mudah terasa
ok dia removed aku.
fine.kesah pulak aku...get your life.
bukan aku sorang, dengan member lain dia buat benda same
kah kah what a childish la kau.
ok kau tahu, tetiba follow aku kat twitter.
nice!
aku suka.hahahhaa
motifffff??!
ok aku terima kawan kawan xkisah dari ceruk mana kau datang
but once kau buat kawan kau camtu
fikirlah...tanya kenapa kau dipinggir kawan kau
bukan ape, aku ni cepat kesian orang
aku ni kan jenis xkesah.
tapi jangan sikap tidak kesah aku ni
kau ingat aku xde perasaan dalam berkawan
tapi sekarang, aku ok je kawan balik
yelah..dalam Islam sendiri cakap xbaik putuskan ukhah dan silaturrahim
kau dan aku sama sama ISLAM
fine, aku kawan je lah.
tapi harap kau ubah perangai nak membaran tu ye
bukan aku je..ramai lagi tak suka.

dan aku rasa ayat2 dia sekarang better.
bukan ayat cintalah.ayat nasihat..*kot
ayat agama.dan macam2 ayat bertegur sapa
ok nice.
harap berkekalan
aku doakan
jangan sekejap je berubah
kang angin xde ribut xde aku kau removed lagi
memang kalau kau add lagi, kau memang menempah maut eh kaki
eh malaslah lah nak tempah2 kau.bukan dapat ape pun
weeeeeee..
malas nak layan orang camtu

ok chiow~


kata psykik : bulan Ramadhan bulan mulia.semua benda kita kena jaga[actually xyah tunggu ramadhan pun semua tu kita kena jaga lah].beli makanan gunalah akal, yg nak makan mulut dan perut terus menjadi sisa...bukan makan guna mata.mata tahu nampak mana sedap dia rembat berlandaskan nafsu.tanya hati lagi semua rasa nak dibeli.haha.so guna akal.jangan membazir!

25 Jun 2012

jodoh persinggahan?

sampai disatu tempat, aku yang keseorangan dan kesunyian tahap gaban...tetiba didatangi seorang kawan wanita bersama seorang lelaki yang nampak mesra bersama dia.Otak ligat memainkan peranan siapakah jejaka itu?AH simple mudah dan kacang betul soalan yang diajukan otakku.Hati jawab, menda kau ni otak..dah tentu tu balak,jati,meranti dia...dah berdua senyum simpul..ahad pulak tu..aku tanya tadi pun segan2 nak mengaku..sape lagi kalau bukan pakwe beliau.

aku ingat dengan adanya kawan aku ni tadi boleh lah duk borak2 barang sedas dua ke hape..rupanya haram..makin mengantuk ditahan secara paksa lagi ada..mana taknya..kawan tu layan pakwe saje.em em yela..aku paham aku tahu siapa aku...aish tetiba aku duk berharap datanglah mane2 lelaki yang aku kenal, yang aku boleh tahan suka kawan..yang boleh aku pinjam untuk menyatakan..bukan kau seorang je ade pakwe tau..aku ni pun ada boyfriend.ok konteks boyfriend bagi aku disini ialah kawan lelaki ;)
lagi selesa dan senang begitu tuan-tuan dan puan-puan.

motif, kadang2 bila tengok kawan-kawan dalam keadaan camtu..memang aku tumpang bahagia...tapi dalam masa yang sama..aku seolah berharap aku kahwin cepat..hahahah yelah...nak kesana sini nak laki aku temankan..argh xnak pakwe2 dah..benci tawwwwwwwww...*mood sumpah gedik, baling bom!*

kemudian, aku berjalan ke arah bertentangan...hala tuju aku dan kawan tadi dah berbeza.Aku tersenyum disetiap manusia yang pandangan mataku hadap.bukan ape, kalau2 terjumpa jodoh kat situ ke WAHAHA.ok tak, bukan..em aku terfikir..mungkin ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.Aku pun belum bersedia, nak fikir itu ini macam2 hal lah..fikir nak terlibat dunia perkapelan tu kejap je..nak tido kang hilanglah..biasalah mainan syaitan.Ye, sekuat mana hati aku berkata tidak untuk dunia perkapelan..sekuat itulah dugaan aku untuk mengharungi rintihan dan bisikan syaitan dan iblis...sebanyak itulah harus aku gigih berdoa..walau kadang rasa nafsu berkapel tu menjelma.Alhamdulillah, tuhan masih sayangkan aku dengan menjaga hatiku sebaik mungkin.Sebenarnya hati ini mudah terisi dengan kebaikan mana2 manusia yang sentiasa menghulur kebaikan..siapa tak suka lelaki yang baik..siapa?hah tulah..ramai sangat yang baik..jadi untuk berlaku adil, aku biarkan dan diamkan semua.ye semua..sampai sorang yang aku benar2 suka..juga menjauhkan diri dan ehm hampir sebulan kami tidak berhubung.maka, nampak disitu kekosongan yang begitu ketara membuatkan hati ini separa maya.Hati juga sudah malas memikirkan fokus itu, walhal setia itu masih ada walau kita tidak punya sebarang hal istimewa.namun, aku berdoa jika kau jodohku, maka kuterima.jika tidak, aku redha...aku redha dipertemukan dengan lelaki yang lebih bagus dari dia.Aku redha jika persahabatan kita hanya satu persinggahan sebelum tuhan pertemukan kita dengan pasangan sebenar.

fullstop.
aku harap dia memahami kesibukan ku di waktu kemuncak seorang pelajar.
apa yang aku mahu doa-doa dari mereka untuk aku tempuhi minggu final exam ini.

kata psykik : walau setiap hari ayah call, tapi tadi rasa lain macam..rasa nak tumpah air mata ..sob sob I miss my family too much ;(



 

3 Jun 2012

OBSTACLES

WOW! such a long time not update here.
I keep most of my curhat*konon* as a draft.
eh sapa cakap tak bukak blog ni lagi..eh masih..masih..
hanya masa kurang sesuai untuk melepak diri lebih lama seperti dahulu
al maklumlah sekarang..bulan paling digeruni almost students yg mengejar dateline assignments and final project + presentation.pheww 
ok insyaALLAH semoga dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan kita atas dunia mahupun diakhirat kelak.Aameen

ni mata masih segar even jam dah pukul 4 pagi.hambek kau!*mata panda*

 
 

"Obstacles don't have to stop you.
 If you  run into a wall, 
don't turn around

 and

give up.

Figure out how to climb it, 
go through it, or work around it."



 psykick said : 'Long-range goals keep you from being  frustrated by short-term failures.'

23 Apr 2012

dear friends, be happy when you are single



to my dear friends especially my girlfriends out there
who are having problems with your past and your ex-bf memories
this is some advice, I mean a bit advice to giving you
girls, you've got the power to forget the damn guy
yeah it takes times to forget
ergh I'm sorry
girls are not easily forget but she can forgive
forgetting the past?
YESS YOU CAN
[depends on individulah kan]




hey yoou,
honestly. I am single.
serious sheet don't laughing at me
I am proud to be single till the right time comes
and the status will be change ;)
 
did you like to be single and alone?
woohoo 
such a stupidos question I guess
go ask other single girls out there
what kind of answer you'll get
collect it and make your single girl documentary
not single mother lahhh 
*sigh*

 I don't know what exactly going to be answered
but to me, I am happy with my life
being as daughter of my parents.
yup single daughter.the only one girls in my siblings
being as student,friends,best friends,sister
a lot of my responsibility.
and the most important duty in daily life
 is being ALLAH servant and khalifah in this world
not ready to love someone
I mean yeah....I can love someone but 
hurm someone who can guide me to the right path
and I have a few boy friends who are trying the best to flirt me
and maintain what we have
try harder to open my heart and
 everything they're doing is to make me love with them
and yess, they are my beloved friends I had 
I can choose one of them to be my couple
 or might be another guy outside there 
who are really don't know me before
but in future we become ehem ehem
who knows right
JODOH PERTEMUAN DITANGAN TUHAN
*FATE*

 
See! I am not alone not single actually
coz I have a community who are always do support me
do always care and do love me
and and and
I have my big GOD
ALLAH always helped me in doing everything
of course HE never let you down like people always do
so, don't give up in your life
even your past very bad
ALLAH will give you what you need
not what you want 
be patient
try to be a good one 
sorry again
not try
but
 MUST BE
SHOULD BE
 HAVE TO BE
A GOOD ONE
;)


ALHAMDULILLAH.I AM SO GRATEFUL
 


 You can call me a flirt, but when I'm in a relationship, 
I'm one faithful and loyal person.



 "Don’t change yourself just to make someone love you, be yourself & let the right one fall for you."

Don't mix between my personality and my attitude 
because my personality is ME 
and 
my attitude depends on YOU.

 

psykick kata : Just as the smallest of kindnesses shown can touch someone deeply inside.

kata hati : mak ai,talk too much oh..why you're so serious reading this entry,ahah smile n_n

suke suki


dari jumaat aku ke johor ikut member.
ni td petang baru balik sorang2..
penat jangan cakap
tapi seronok pun xyah cakap

lepas setahun aku kembali ke sana.
bajet plan nak g UiTM Segamat
tapi xjadi sbb plan menjolikan diri berlebihan pula
dengan wayang + makan + jalan2 lagi
malam tadi siapkan exercise LCSH madam bagi
Isnin sok send by email.
hari ni nak jawab French online quiz, tapi dah ditutup pulak T_T
phewwww
harap sir baik hati open balik.



Terminal Segamat leh tahan besar, tp ni xde r banyak sgt kedai
ade byk lagi kosong
starting ni, sikit2 lah kan

hiks ;)

semalam layan Battleship!
terbaek dari ladang perang
perang dengan alien
meremang bulu roma aku
sbb aku sgt suspen
huhu
time tgk Transformers xde rasa camni
ohh ade part dalam Battleship ni wat aku hampir nak mengalirkan air mata
aku ciwek atau tersentuh atau memang hati lembut?entah
mungkin terlalu hayati cerita dia agaknya
ahah! Rihana berlakon sekali dalam tu
lawak2 gak la dialog dorang tu



k la penat bebel
tata
assalamualaikum
;)





9 Apr 2012

exhausted

I am too exhausted.

just got back from camping malam tadi oh.
satu body dari kaki semua lenguh2 lebam2 bagai..ngeh betul~
aku tunjuk kat bebudak rumah ni, depa cakap aku cam kena dera T_t
aku rasa biasa je cz normal lah masuk hutan..xlebam x adventure lah kan

kesan pacat melebihi yg dijangka
aku paling xsuka dan trauma bila pacat hisap darah
tapi xsuka camne pun pacat tu tetap suka aku.
tahu tahu..melambak darahhh keluarrr..
bebudak rumah cakap lagi, mesti sakit kan kene geget pacat..kesian kau.
tp bagi aku..pacat xde rase ape...sikit pun xrasa.serius!
dia dah kenyang pandai lah jatuh sendiri...if aku nampak dia ngah lekat hisap darah
aku biarkan dulu sampai dia kenyang dan jatuh sendiri.
em overall, pacat xde masalah even masa mula2 mmg aku xnak kena..
tp sekarang, body lak lenguh2...cz kat sana ada simulation menyelamat
aku jadi penyelamat.
mangsa kemain lah ramai...phewww
1st time aku angkat mansa manusia yg berat sgt berat guna stretcher tu
kitorg angkat berenam pun masih terasa betapa beratnya mangsa.huhu
naik curam pulak..pergh
aku dah la basic pasal pertolongan cemas ni kureng...zaman sekolah dulu ada lah
tapi dah besar ni haram semua lupa
semalam buat ikut logik dan sedikit sebanyak praktikkan apa yang fasilitator dah ajar

ok laaa..kami berbangga dgn diri kami sendiri sbb mampu angkat mangsa yg berat dan mampu merisikokan diri selamatkan mangsa ;)


kata aku : usyar aktiviti lain..yg adventure dan best.kalau ade pape aktiviti..bagitau ye..aku nk yg ade flying fox, night walk...blablablaaa..lame xmain weh

 kata psykik : kadang kala kita berdiam bukan bermakna kita sombong tapi takut orang jatuh cinta dgn keramahan yg ada.menjaga pandangan,tutur kata mudah jika kita tidak perlu menjaga hati dan perasaan mereka...
 
 





2 Apr 2012

sambung tragik 2

sambung tragik story.


semalam..paling aku rasa geram lah sgt...baik punya packing beg nak g camping this week..aku balik rumah pun sbb nak amek barang2 camping semua tu..pastu time da sampai kolej, aku nak bukak bonet kete..tgk asal la sikit je barang aku ni.then terus aku call adik kat rumah tanya beg aku 1 lg tinggal ke...blablablaaa...
yess...beg camping tu haa tertinggal T___T

malam mak call siap bebel dah....bernanah gak telinga ni.entah la..aku dah bawak kuar beg tu....tapi xbawak masuk  kete....aku ingat adik aku da masukkan semua....dgn kelam kabutnya lagi..last2 benda penting tu aku lupa.ni, aku xtaw la sape nak anta...pagi td terdengar bebelan mak....camne ni..beg ni blabalablaaa..org semua bz...camne nak anta..aku pun malas da nak fikir..serius xde mood seyh..geram dgn diri sendiri camne aku leh lupa...yup! lately mmg aku selalu betul la lupaaaaaaaa.....Ya Allah hai....jauhkanlah aku dari sifat malas dan lupa..

yaa tragik......aku takut la nk bgtaw abang aku suh anta beg tu....mampus kena marah kang.ahh lantak laa...risiko tanggung sendiri la kan...aku tgah fikir ayat baik nk cakap kat dia suh anta...biarlah kena marah ke ape ke..kejap je tu...tahan la sikit kan..sape suh lupa macam2..hurm padanmuka akuuuuuuuuuu!


TRAGIK LAH SANGAT.

tragik betul story aku..serius xtipu.
in short, jumaat aku balik lepas merayap dgn member kat jalan TAR tu..pas bershopping tudung
hampir 5.30 aku naik ktm dari bank negara.befor tu, aku dah tanya akak kat kaunter tu..platform berapa nak pegi Serdang.dia cakap platform 2..dalam setengah jam sampai la..then aku yg cam kelam kelibut ni haa ape lagi terkedek kedek pegi masuk platform 2..tepat2 aku turun tangga tu..train pun sampai..aku tanpa melihat label depan train tu either ke Seremban or Pelabuhan Klang..terus memasukkan diri ke koc wanita dgn harapab dan yakinnya aku nak balik Serdang..tu je...xde benda lain dah aku pikir..badan sgt lah penat dan lesu..jgn cakap laahh..

next, train bergerak dgn baiknya....sehingga melepas KL Sentral..aku rasa cam terdetik sesuatu..serius time tu instint ala2 psykik ni dah menjelma...apekah?aku rasa xsedap hati...aku lek dulu...sambil mata duk meliar ke luar tingkap..hinggalah................tetiba aku terdengar operator train duk cakap "stesen seterusnya angkasapuri" perghhhhhhhh! wa tercenggang abes derrr...perkataan YA ALLAH non stop dari mulut aku..YA ALLAH aku kat mane ni..hahaha cenggitu laa..then b4 pintu train terbuka luas..aku tanpa berfikir ape, terus toleh akak sebelah ni dan tanya..kak, nk g Serdang kena switch kat Kl Sentral td ke...ni salah train ek..akak tu pun dgn muka terkejut..dia pun cakap..aah dik..tanpa aku mendengar orang sekeliling bercakap byk..aku pun mem blahkan diri dgn keluar dr train tu..aku jalan laju..naik jejantas tuk turun ke platform sebelah di Stesen Angkasapuri tu..wa sorang2 je time tu..ade pakcik duk tp jauh..aku nak tanya nak confirmkan...xlarat dah..aku duk je la kat tempat duduk tu.Sementara menunggu train yg baru datang...aim aku kali ni just naik train ni dan turun kat KL Sentral...cz setahu aku kat situ je leh switch....pergh time tu lak ai train kemain lambat datang..aku yg cam hape ni...tah tetiba ternampak sorang mamat ni..dalam hati aku terdetik cam kenal je mamat ni..dan terus aku tegur la mamat tu..rupa2nya dia junior aku kat segamat dulu.Dia baru balik dr segamat..kan dak diploma dah cuti...k laa...pas dia pun blah..aku pandang kiri kanan..still xde orang

after a few minutes,
toleh kiri...eh sejak bila lak ade mamat kurus kering kecik molek comel lote ni..ahah! aku pun dgn power xreti malu bertanya...terus la tanya mamat tu..assalamualaikum..tumpang tanya..train nk g Serdang kat sini kan..nt kena turun kat Kl Sentral ek..blablabal...sekali dia jawab...samelah..sy pun tersalah train gak ni..nak g Serdang..UKM.Then, kami pun berborak borak lah..camne leh tersalah train blablaa..belajar katne..leh lak wat lawak kitorg ni..macam dah kenal lama..padahal...jodoh bertemu kat train tu..pastu aku pon follow je lah dia..kitorg naik train same2...oh bila da turun kat Stesen KL,[sbb aku follow dia] aku cam surprise gak..cz aku ingat aku stop kat Bank Negara...kalau stop kat Bank Negara...still leh gak direct balik Serdang.pastu rupanya mamat tu pun baru taw yg kitorg duk stop ni bukan Bank Negara.tp dia yg cakap boleh...dr dalam train ag dia kata kita leh turun sini...ok aku pun percaya dan follow je..cz dia ade byk pengalaman naik dan tersalah train..haha.tp mmg betul pun....kalau aku xfollow dia..aku xtaw laa ape jadi...huhu sgt berterima kasih kat awak yg tolong sy aritu ey..yela..bayangkan ey, if aku turun KL Sentral gak...phewwwwwwww bapak ramai giler uh manusia...[org balik keje beb] sbb tu aku percaya dia..dia mmg dah cakap..jgn turun situ...nt kang kene himpit..blablablaa....aku angguk2 gak tanda setuju.


now, kitorg dah sedang menunggu train nk ke Serdang..kali ni betul2 punya..xkan salah..tetiba datang train..aku berlari lari anak..tgk train tu..tp mamat tu lg laju dari aku..dia cakap..bukan train ni..jgn jgn..xnak dah salah lg..hahahaa cz train tu g Klang..sama cam train yg aku salah td.Emm kitorg sempat la borak2 sikit..even dah keletihan..dah nak maghrib lak tu..emm akhirnya...bila train yg sebenar datang...kami terpisah..aku naik koc wanita dia naik koc lain..dan dan dan paling aku terkilan..bila da masuk koc tu..aku sgt laa terkilan is xtaw ape nama dia...either his Fb ATLEAST...hahahaha..aku turun Serdang..dia turun UKM...mmg tersirat jodoh jumpa time tu je..haha.eh aku just nak kawan je..cz mane la taw...bila2 if tersalah train ag ke kan....hehe.

pastu nasib la penat2 balik...sampai umah anak buah aku ada..so hilang dan terubat gak lah keletihan untie ni..hehe.even cuti 2 hari....aku rasa cam xcuti pun..kejap betul masa berjalan...kat umah mmg macam2 makanan ada...ayah lak bila taw aku balik..sanggup cuti dan pegi pasar beli itu ini..buah epal hijau feberet aku pun seplastik dibelinya..last2 aku xsentuh pun cz dah terlalulaaahh kenyang..btw tanx ayah and my family ;)

woi mata kuyu woi..ok esok janji buat assignment..naseb dah abes baca..tinggap taip je ;)

semoga ALLAH permudahkan hambaNYA ini menyiapkan segala tugasan dengan jayanya.insyaALLAH..amiin Ya Rabbal Alamin.

sebenarnya xcukup tragik lg ni, xmasuk kes tudung terkoyak kat jalan TAR tu..hoho. pastu balik hadap kek je..alhamdulillah rezeki ALLAH xputus putus.
 tp aku shortkan terus cz da ngantuk tahap gaban dah ni.k chiow dulu mey..assalamualaikum







 kata hati : untie dah start rindu awak la Qaseh

30 Mar 2012

maafkan gua bila lu emo xtentu hala

ni yang malas gua mau layan orang emo emo ni
gua cakap orang lain
orang lain lak terasa dan tersentap
gua sikit xtuju kat lu tahuuu..
tak...xberniat nak tuju kat sesape
gua tuju kat diri sendiri je
biar diri terasa
sebab bila diri gua dah terasa lah gua cakap camtu
tapi..
alamak..xsedap bila ada orang terasa tanpa disedari
xpela....gua mintak ampun banyak2..


gua chill je...not a big deal lah
simple thing gua suka nak fikir..
xsalah kita berkongsi sesuatu kebaikan dgn orang lain
dan menyebarkan sesuatu perkara yg boleh mendatangkan manfaat
kalau tetiba lu rasa terbakar tetiba
maaf sgt2
gua xdapat nak halang hati dan perasaan lu jadi begitu
cam cinta dan rindu
datang tanpa hadir
tanpa dipinta
tapi kita boleh kawal
insyaALLAH
terasa kpd benda2 baik...rasanya boleh jadikan kita lebih baik
jangan lu jadi lebih meroyan udah la ye


kata gua hari ni : khamis malam jumaat ni dr tadi duk layan zikir terapi je...album baru Hafiz Hamidun ni best woo...gua baru beli selasa aritu..seriusly rasanya pertama kali gua beli album zikir dr seorang artis nasyid.selalu layan punkrock...rock kapak ke kejadah semua tu...tp xsalah beli tu kan yang penting kita tahu kawal hiburan tersebut ;)


kata psykik : A good word is better than silence, and silence is better than useless talk ;)

k assalamualaikum
caucincau


pergh esok kelas pagi 8-10, 10-1..direct lak ai....harap tidak lah terjadi mentally exhausted


25 Mar 2012

banyak beza Popular dan MPH



semalam pergi kedai buku Popular kat Sunway Pyramid tu dgn housemate aku + boifren dorag.
perancangan asal patut aku ke Low Yat dgn salah seorang ni haaa...mmg da bajet la kan..nk survey macam2 n beli hard disk ke pape la..tp kuasa ALLAH..perancangan kami tidak menjadi.hehe redha laa...pergi next time pun boleh...nape xjadi?sbb dah lamba lak aii..kitorg mmg siap dr awal pg tp transport yg boifren kawan aku bawak ni..depa lewat sikit..punca train lambat..then g amek kete lg..so paham la...xpe xkesah...so abiskan masa dgn hang out together with our partner la..2 pasangan lelaki perempuan.pasangan aku perempuan..dah cam couple lak ai dgn aku..panggil aku roy xtahan tu ahhaha.xpe mmg aku roy ;)

hah kemain panjang lak intro..nk cakap..alang2 da kat sini..ingat nak abeskan la baucar 1 Malaysia ni yg tggal RM50. Puas RM150 aritu pegi MPH beli buku2 ilmiah dan bakinya ni beli lain pulak..mmg beza kalau masuk MPH dan Popular..dulu lg nk cakap tp diamkan je...haha xsampai hati.tapi kali ni terlalu beza..maka aku nak luahkan gak cakap kat sini..yelaa...kat MPH tu aku amek magazine Readers Digest yg kecik molek gituwww  ingat nak tambahkan masuk dlm list abeskan baucar tu..tp bila aku tanya orang kaunter tu dia kata magazine tidak dikira masuk dalam Baucar 1 Malaysia ni..haiyaaaaaaaaaaa T__T
ahhhh lantakk laaa..ni aku kira bayar sendiri..harga dia RM15. kecik cam mastika tp harga kalah harga magazine yg tebal2 tu...xpe..perkara biasa...benda kalau dah nak..cakap ape pun kita tetap nak kan..so beli je la..xyah nak fikir byk.taaaapiiii hah ni laa ceq nak habaq ni....beza MPH dgn Popular....kat MPH xleh guna Baucar 1 Malaysia utk beli magazine..tp kat Popular bolehh sajeeeeeeeee....even kau nak beli headphone,gula2,cooler fan dan macam2 laa semua yg ada kat dalam Popular tu semua bolehhh dibeli guna baucar tu..memandangkan MPH aku pergi aritu byk pen2 yg aku nak dah abes..n tade benda2 yg aku sebut yg ada kat Popular..maka aku beli la buku2 yg boleh menajamkan minda dan psykologi lah konon..huhu.Dan paling berpuas hati..aku dapat gakkk sambar buku motivasi terbaik bg aku..iaitu La Tahzan yg telah ditranslatekan kpd Bahasa Melayu.Memey xlaaa aku nak beli buku Arab..cz aku sendiri xpaham..dulu time diploma dulu aku pernah baca buku ni..tp pinjam dr library...tu pun kawan aku yg pinjam..cz kad aku pinjam da full.Selalu masuk kedai buku beli benda lain...mmg nk beli tp asek laa tertangguh...even harga tak lah terlalu mahal...masih ok laa kalau nak banding harga benda lain yg kita mampu beli kan..kasut RM50 mampu..buku murah ni xmampu...so psykologi time tu menyebabkan aku rembat terus..xnak pikir ape dah..dan selebihnya beli la lain2 keperluan.

HAH ni balik balik...patah balik pasal Popular semalam aku pergi kat Sunway tu...phewwwwwww kemain ramaiii dann punyaaaaaalahh panjang que orang nk bayar tuuu..menjela jela...smpai hjung..berdouble lg..aku n the geng yg dah excited masuk ptg tu..walhal aku hampir nk amek basket..xjd...cz mmber aku cakap sanggup ke tggu ramaaaaii cmniiiiiiiii...dgn segeranya mata aku menoleh ke barisan tersebut...dan eeerrr xpela geng..kita blah je laa...beli kat tmpat lain.Then member aku yg masih berbaki baucar dgn banyaknya..segera mencari destinasi MPH..aku dah masuk gak..tp malas nak beli pape.cz fokus aku mmg nk g Popular je baucar yg berbaki ni..dlm hati ckp "nextweek expired baucar ni, nak xnak aku kena abeskan gak baucar ni"

then da sampai malam....benda sume aku dah pusing 1 Sunway tuu....aku terus cakap kat member yg setia berpartner dgn aku ni..weh jom usyar Popular...da malam ni sure xramai dah kan...tanpa menunggu respon diterima langkah kaki kami laju menuju ke destinasi.

WAHH....panjang lg...em nak ke x..nak ke x...blabalabaala discuss dgn mmber aku..pas msj member lain yg tah kemana dorang pergi..driver ckap nk balik around kul 10..then bila dah dapat kata putus..apa lagi..terus rembat basket..n aku pilih2 la pen yg aku suka...cz MPH dlu aku xbeli sgt pen..xbest...Popular lg BESSST~
semata nak abeskan RM50 baucar ni..aku rembat botol air Bros ni satu...harga RM17.90...plastic...cari yg steel punya xdo lak..so xpelaaa..aku ni dah la kuat minum air...botol yg jadi bekas air selalu botol2 100plus je haaa...tu pun b4 aku betul2 sure nak amek ke x..botol air ni..aku ckp kat mmber aku...perlu ke x..aku amek botol ni...17ringgit leh dpt benda lain..tp pikir2 balik..dan pas member aku cakap..amek je laa..botol yg kat umah tu bkannya tahan lama sgt...emm aku pun bersetuju gak cakap dia tu.Maka anggukan kepala tanda setuju..lantas aku sudah beratur utk membayar..sambil duk kira2 sume benda aku amek ni...cecah RM70 something laaa..alamak...over sudah..pastu member aku g jaga que aku..aku g pulang barang..and process add-minus barang berlaku..orang yg ramai beratur td...pantas bergerakk...sbb kaunter ada 4..dan dipecahkan kpd 2 barisan..1 barisan utk baucar..1 lg yg bayar cash...so effisen kan....hehe..aku xtggu lama sgt pun terus turn aku lak...blabalabalaa..still RM70..time harga akak kat kaunter tu kira da hampir RM50..dia tanya nak teruskan jugak ke..da lebih baucar...aku cakap..xpe teruskan je..sy nak..dan akak tu cakap..yeeeahh teruskan perjuangan jgn menyerah kalah ;) HAHAHA..lawak lak ai...aku xkesah laa tambah sikit..cz benda2 aku amek mmg aku nak..huhu..dan akhirnyaa aku keluar je Popular...aku terus text mmber aku cakap nak blah daaa....lgpun dah kul 10 time tu..kedai da nak tutup..lampu belakang da gelap...customer yg baru masukk..sume kuar balik...then aku terfikir abes org yg dah beratur panjang2 tadi tuu camne lak nasib dia ekk....oh myb dorang xpe kot...tggu je laa sampai bayar...yelaa..dah beratur punya panjang...tup tup kedai nak ttp...sape xsakit hati...tp aku rasa Popular professional...dorang akan lepaskan customer yg beratur tuuu sampai dorang ke proses pembayaran di kaunter..so pekerja OT la sikit..huhu..tu aku agak laaa...xtaw la pulak kalau yg beratur tu kena kuar kedai gak ann...




tired day ohhh...balik singgah makan sat, then kami pun pulang ;)
Alhamdulillah...semua ada hikmah kannn...kalau aku pergi Low Yat...myb aku xdapat nak abeskan baucar ni dgn singgah ke Popular..dan tidak mungkin aku dapat beli kasut Vincci nii...sgt berpuas hati lahh dan berbaloi baloii...lain yg nak beli lain yg aku beli..lagi2 kalau nampak kasut T_T

kesimpulannya...hari ni berehat..dan membuat kerja2 sekolah dgn membaca dan memahami artikel2 ini sebelum process article review ini ditaip dan di sycronizekan menjadi sebuah assignment yg bagus.wah! hebat kau jaaaaaaaahhh...aku kena cepat siapkan..cz due date nk awal bulan 4..time tu ada assignment lain nk submit gak.Dan yg paling penting, aku ada join camping kat Pahang..balik2 camp terus kena submit..so xnak laa last minute aku gelabah kan..maka hari ni da kena start progreesssssssss!! yeyeyehhh ;)

ok dah penat membebel dan berkerepek kat sini..wa chiow dulu maa..esok lusa bersarang la ni..assignment da start serabut kehkeh.


tata, Assalamualaikum.

14 Mar 2012

bebelan pagi buta


buang abes2 puas2 malam ni..esok 2 hari xde air.

hamek kauu!
entahlah ape jadi kang esok....mau mandi ke masjid agaknya ni..area sini xdo air..kalau kelas cancel ke hape xpe gakkk..hehe.dibuatnya tetiba dalam kelas, nak terkucil ke nak terberry ke...haa..naya nak berkejar ke masjid..waduh2...cirit ah camni..betul2 nguji fizikal mental huhu.lebih rela xde elektrik dari xde air..alhamdulillah aku dikurniakan body yg bersuhu tenang and cool sentiasa gitu....maksud aku..jarang la aku rasa panas ke ape ke..even member2 selalu ngadu panas..tp aku siap pakai sweater ag nk tido...kahkah,..manusia berdarah sejuk woo...jarang dijumpai..leh masuk misteri nusantara..


oh baru pas layan cite dalam external aku ni..citer hantu dalam botol kicap..agak sengal la citer tu..hadoii lambakan komedi yg xbape nk jadi..dan membosankan.gelak2 sikit ok lagi..lame2 bape kali aku menguap daaa...pelakon nak same lak..yelaahh mentang2 company same..,so nak jimat guna pelakon yg sedia ada..tp yg lainnya citer ni..ade pelakon baru..iaitu adek si piere andre...apetah name die....mikhail andre kot..kalau xsilap laa...eee geli la aku tgk org jantan duk nari goyang perut camtuu..malu siot..kalau perut cantik xpe gak...ni tak..tutup ler...bila wat camtu budak2 yg bawah umur ni tgk..bakal mengikut pergerakan dan gaya persembahan serta percakapan mereka..cukup2 lahh ayat2 kl gangster dengan adnan sempit jadi hafalan dan titipan anak2 jiran..malah adek aku sendiri..aah...geram gak dgr...nak salahkan kawan2..die dapat tu dr cerita melayu gak..budak2 sekarang ni bijak2 belaka...tp sayang kebijakan mereka selalu disalah guna..akal panjang buat benda cam xde akal..risau aku dgn budak 18 tahun kebawah sekarang ini.


11 Mar 2012

mana 1 nak percaya

ok setelah aku berfikir semula..sedikit sebanyak benda ni ade kaitan dengan yg aku fikir.emm boleh lah secara ringkasnya aku simpulkan utk jadikan persoalan..



korang nak percaya dan dengar cakap org baik atau org jahat?sebab org baik pun buat jahat..org jahat pun buat baik.......................................


YA ALLAH ampunkan aku sekiranya aku berfikir sedikit terpesong dan bersangka buruk terhadap org lain..sesungguhnya aku hambaMU yg hina lagi kerdil.ASTAGHFIRULLAHALAZIM..


otakku sarat memikirkan begitu begini..sudahlah penat seharian keluar bersama teman serumah, namun seberapa pantas ku tepis andaian yg negatif itu..biar ku sangka baik sentiasa..emm xpela manusia mmg xlari dari melakukan kesilapan..ye tu aku tahu..tapi sekurang-kurangnya...............emm xpela..sekali lagi aku fikir..biarlah ia berlalu seperti angin sahaja.takut jika penulisan aku membuat org salah paham dan memberi andaian yg bukan2 pulak.



pagi raya dapat makwe,
orang lumpuh duk dalam kerusi roda
gurau senda gelak ketawe
kita ceriakan hati bahagia

;)




1 Mar 2012

lelaki dan perempuan same je sebenarnya


perempuan kalau ade kisah duka dalam sesuatu perhubungannya bersama lelaki yg disukai/disayangi[except bapak/abang/atuk/onyang dorg] mesti cakap " SEMUA LELAKI NI SAME JE"

lelaki kalau ade kisah duka dalam sesuatu perhubungannya bersama perempuan yg disukai/disayangi [except emak/nenek/moyang dorg] mesti cakap "SEMUA POMPUAN NI SAME JE"

HAKIKATNYA

perempuan dan lelaki yg waras berfikir bila terjadinya perkara duka itu akan cakap "SEBENARNYA LAKI POMPUAN SAME JE" xboleh nak salahkan pihak laki 100% dan pempuan 100% dalam sesuatu hubungan ade beri dan terima, korban dan hargai,rajuk dan pujuk,sayang dan menyanyang,marah dan tenang,rindu dan merindu,respond dan diam dan ya..mungkin pelbagai lagi kau nak tambah.silakan..maka semua ini jadi bila kedua belah pihak lelaki pempuan beri kerjasaman yg baik utk menjayakan hubungan yg korang ade atau bakal ade.Aku sendiri xpernah ade, tp pernah rase semua yg aku sebut kat atas..sebab aku sgt takut dikecewa lantas aku amik risiko mengecewakan diri sendiri sebelum masa tiba, maka xde la rase sgt erti kecewa.sekurang-kurangnya aku jaga hati untuk yg bakal suami, org yg betul2 sedia dihuni bila tiba masa ditakdirkan ALLAH 1 hari nanti.

Mengaku la aku pernah cakap benda yg same spt " SEMUA LELAKI NI SAME JE" "AKU BENCI LAKI" AKU NK REVENGE SETIAP LAKI YG DTG" dan macam2 lagi..namun..itulah...org cakap..mudah mulut berkata, payah body beraksi.maksudnya...mulut mmg sang ckp, nk buatnye kemain payah ko taw.yaa apalah daya aku untuk menidakkan perasaan indah dalam hati yg dikurniakan ALLAH ini.Tatkala aku tidak memikirkan kehendak hati untuk melayani kerenah mereka2 hadir yg minta diisi didalam hati. maka ketika itulah aku sedar bahawa aku telah memberi harapan pada mereka.Layanan biasa ku menjadi luar biasa kerana layanan serta tindak balas mereka berkawan dgn ku.Dahulu, aku selalu juga bertanya kpd kawan yg terus terang mahu mengusyar ku...aku tanya "kau ikhlas ke" dan jawapan mereka sudah tentu nak saham tinggi "ikhlas..demi tuhan..bersaksi bulan..blablablaa" namun kini aku mulai sedar tentang kesilapanku.Dan yg pasti akan ku elakkan utk bertanya spt itu lg.

MENGAPA?

bagi aku keikhlasan itu sukar diukur tahap serta nilai ikhlas seseorang.Apetah manusia lemah dan hina spt kita..untuk menguji dan mengukur tahap keikhlasan seseorang manusia lain..apelah daya dan kudrat kita.dan aku mulai sedar bahawa bila seseorang mahu berkawan dgn kita, tahap keihklasan mungkin sudah terpancar disitu kerana keberanian dan kejujuran hasrat hati berkawan dgn kita.Walaupun ade niat yg tersembunyi dlm hati yg tiada siapa ketahui..namun pasti..yaa! pasti mereka ingin ikhlas berkawan bukan?jika tidak mahu berkawan...buat ape kawan..tp sikap waspada dalam berkawan patut ada, terutama kawan lain gender.

hoh aku stop sini.esokesok sambung lagi
selamat maghrib.


kata aku : manusia itu same saje..tiada beza walau pangkat kau tinggi, tapi taraf kita same.semua kita adalah manusia..yg bezakan kita adalah iman dan taqwa..disisi Allah.

kata psykik : Alasan akan hilang apabila kita mula buat baik pada seseorang. Bila niat nak khidmat semua alasan akan hilang. Bila banyak ego semua alasan akan timbul


29 Feb 2012

kisah betrayer nak makan kaki


pantang aku bila terjumpa BETRAYER
the most i hate is bila hari semalam kemain kau kate xleh get long dgn org tu..kemain kau kutuk nak rak org tu.aku dgr kan je...xde respon pon tp aku cakap gak..sape kita untuk membenci sesama manusia?
pastu lagi lagi lagu kemuncak bila kau serupa macam mamak..bile esoknya kau keluar huha huha dgn org yg kau kutuk nak rak tu.

aku geram bukan ape..kalau sebelum tu aku cakap "alhamdulillah..baguslah camni..xbaek berdendam."

sekali jawapan khianat seperti ini " pegi mampus aku nak baik dgn die..aku baik ade makne je tu, die ajak g tempat best..die nak belanja...so xkan org ajak xnak pulak..mak aku ckp musuh jgn dicari rezeki jgn ditolak"
sambil gelak dgn syaitannya..riak apetah lagi.

dalam hati aku " kalau aku ni jantan. da lame gigi kau bertaburan..puih punya perempuan" dah pompuan tu pompuan gak..naseb aku tidak begitu.alhamdulillah syukur Ya Allah

pastu aku sambung,

cakap kat mulut " abes kau kawan dgn aku ni camne lak pesennya?leh caye ke kau kwn aku ni baik je?kalau rase xpernah makan kaki...aku rase baik kau setting niat hati kawan org cmne..especially aku..kau taw aku ni pelik bin ajaib kan..so better kau center kan hati kau bile kawan dgn aku.."

jawapan dia "kawan dgn kau adalah keutamaan aku bila kau xde nk ngumpat sane sini, kau wat hal kau..xde kaco org lain..aku suke..aku suke kesempoian yg kau ade..emm jgn la fikir bukan2 lak ye..aku ikhlas kawan dgn kau...entah la...aku xpuas hati dgn die tu je"

Aku cakap kat mulut lgi "ikhlas?maafla kawan..aku sendiri xtahu camne nk ukur ikhlas sesuatu benda tu camne..em xpela...sukati kau nk ikhlas ke ape dgn aku...tp once kau betray aku,..kau tahu ape akibatnya.and 1 more thing....dah2 la tu jd talam 80 muka dgn die..k la beb wa chiow dulu "

[dialog diatas aku dah edit sikit bg sedapkan jalan cerita..hikhik]


kata aku : hidup aku mudah..semudah agama Islam..tp yela,,kadang2 xsedar benda mudah jadi susah bilamana diganggu oleh pengaruh2 sekeliling yg begitu indah.kawan...aku suke berkawan..macam2 ragam..macam2 pesen aku ade..kawan dgn sejujurnya.xyah nak harap balasan ke ape...lg best bila kau xde sikap dengki dan iri hati dgn kawan kau sendiri.hehe tp kalau kawan aku betray aku...kau bakal tahu ape akibatnya.miahahahhaa...<----gelak yakuza sempoi..puihh..


kata psykik : sekali kawan, sampai mati istilah itu akan tetap diingatan sehingga saat aku dikapankan ;)

wassalam

15 Feb 2012

Budak Akhif yg tomei.

perbualan bersama budak tecik yg tomeii .



Aku : Akhif nanti besar nak jadi ape..
Akhif : jadi ape ye..em xnak jadi pape
Aku : ehh xnak jadi pape?jd cikgu ke dokter ke ape2 laa..
Akhif : xnak la...akhif xnak jadi pape..nanti besar nk tolong ibu je

Aku : [dalam hati jawab, bagus budak ni]


seterusnya .

aku amek la jajan ni ha bawak kuar nak kasi die...yela budak2 kan suke jajan2 ni kan..

Aku : nah Akhif...makan..sedap taw ni
Akhif : xnak la..[sambil geleng kepala]
Aku : ehh laa nape xnak...
Akhif : ibu cakap kalau orang kasi makanan..jgn amik
Aku : [err ehh sentap lagi] ehh xde ape laa...nah..akak kasi meh..ni sedap la akhif
Akhif : xnak...da makan td..
Aku : xpela..kalau xnak makan skang..makan nt la balik umah.nah amik masuk dlm beg
Akhif : xnak..[berkeras xnak amik]
Aku : hummm k xpela

so guys..budak2 yg kecik umur 6 tahun ni pon reti igt pesan mak bapak dorag.tp pelik gak, jajan tu xnak amik..kalau budak lain..nakkk je taw.budak lain...aku xkasi pon merengek nak..siap tarik2 baju aku lagi.Si Akhif ni lain macam...aku suke sgt layan die...da la cuteeee..kacak...baik...adoii comell siott.huhu
aku agak pantang budak2 comel ni...mmg layan ;)



14 Feb 2012

why this video so famous-WHY THIS KOLAVERI DI


HAHAHA

jom layan video yg femes amous ni..phewww berjuta la seyh duk visit video ni.





43 juta manusia duk usyar vid ni hang taw daakkk

HAHA

aku pon pale goyang goyang jugaaa



ha yg ini version english pulak.kalau nak tahu, kau pegi youtube tu..melambak r org yg wat lagu ni dlm version dorag sendiri.haih femes betul ek..

 


amacam beb?
ok tepuk dada tanya la telinga yg dgr

hikhik

k tata