Translate

1 Mar 2012

lelaki dan perempuan same je sebenarnya


perempuan kalau ade kisah duka dalam sesuatu perhubungannya bersama lelaki yg disukai/disayangi[except bapak/abang/atuk/onyang dorg] mesti cakap " SEMUA LELAKI NI SAME JE"

lelaki kalau ade kisah duka dalam sesuatu perhubungannya bersama perempuan yg disukai/disayangi [except emak/nenek/moyang dorg] mesti cakap "SEMUA POMPUAN NI SAME JE"

HAKIKATNYA

perempuan dan lelaki yg waras berfikir bila terjadinya perkara duka itu akan cakap "SEBENARNYA LAKI POMPUAN SAME JE" xboleh nak salahkan pihak laki 100% dan pempuan 100% dalam sesuatu hubungan ade beri dan terima, korban dan hargai,rajuk dan pujuk,sayang dan menyanyang,marah dan tenang,rindu dan merindu,respond dan diam dan ya..mungkin pelbagai lagi kau nak tambah.silakan..maka semua ini jadi bila kedua belah pihak lelaki pempuan beri kerjasaman yg baik utk menjayakan hubungan yg korang ade atau bakal ade.Aku sendiri xpernah ade, tp pernah rase semua yg aku sebut kat atas..sebab aku sgt takut dikecewa lantas aku amik risiko mengecewakan diri sendiri sebelum masa tiba, maka xde la rase sgt erti kecewa.sekurang-kurangnya aku jaga hati untuk yg bakal suami, org yg betul2 sedia dihuni bila tiba masa ditakdirkan ALLAH 1 hari nanti.

Mengaku la aku pernah cakap benda yg same spt " SEMUA LELAKI NI SAME JE" "AKU BENCI LAKI" AKU NK REVENGE SETIAP LAKI YG DTG" dan macam2 lagi..namun..itulah...org cakap..mudah mulut berkata, payah body beraksi.maksudnya...mulut mmg sang ckp, nk buatnye kemain payah ko taw.yaa apalah daya aku untuk menidakkan perasaan indah dalam hati yg dikurniakan ALLAH ini.Tatkala aku tidak memikirkan kehendak hati untuk melayani kerenah mereka2 hadir yg minta diisi didalam hati. maka ketika itulah aku sedar bahawa aku telah memberi harapan pada mereka.Layanan biasa ku menjadi luar biasa kerana layanan serta tindak balas mereka berkawan dgn ku.Dahulu, aku selalu juga bertanya kpd kawan yg terus terang mahu mengusyar ku...aku tanya "kau ikhlas ke" dan jawapan mereka sudah tentu nak saham tinggi "ikhlas..demi tuhan..bersaksi bulan..blablablaa" namun kini aku mulai sedar tentang kesilapanku.Dan yg pasti akan ku elakkan utk bertanya spt itu lg.

MENGAPA?

bagi aku keikhlasan itu sukar diukur tahap serta nilai ikhlas seseorang.Apetah manusia lemah dan hina spt kita..untuk menguji dan mengukur tahap keikhlasan seseorang manusia lain..apelah daya dan kudrat kita.dan aku mulai sedar bahawa bila seseorang mahu berkawan dgn kita, tahap keihklasan mungkin sudah terpancar disitu kerana keberanian dan kejujuran hasrat hati berkawan dgn kita.Walaupun ade niat yg tersembunyi dlm hati yg tiada siapa ketahui..namun pasti..yaa! pasti mereka ingin ikhlas berkawan bukan?jika tidak mahu berkawan...buat ape kawan..tp sikap waspada dalam berkawan patut ada, terutama kawan lain gender.

hoh aku stop sini.esokesok sambung lagi
selamat maghrib.


kata aku : manusia itu same saje..tiada beza walau pangkat kau tinggi, tapi taraf kita same.semua kita adalah manusia..yg bezakan kita adalah iman dan taqwa..disisi Allah.

kata psykik : Alasan akan hilang apabila kita mula buat baik pada seseorang. Bila niat nak khidmat semua alasan akan hilang. Bila banyak ego semua alasan akan timbul


2 comments:

Anonymous said...

yela...kalau dah tanya direk camtu mesti akan dpt jwpn yg direk...walaupun sebenarnya jwpn yg direk mmg byk yg tak betul... ko akan tau jugak ikhlas tak ikhlas bila tiba masanya....or mungkin takan tau sehinggalah ungkapan " aku terima nikahnya...."

ke camana?

mmg susah nak ukur la...dulu2 aku sll je mcm takut2 nak kawan dgn yg berlainan jenis ni sbb takut memberi harapan palsu walhal kita just nak berkawn je...
eh... biasa lelaki je yg bt n3 camni... bila ko buat...baru aku tau.... lelaki pompuan sama je....

psyKick sempoi said...

tanx beb anonymous, xtaw ko ni sape..tp ye betul ckp ko..ikhlas mmg akan dtg bila tiba masanya..mungkin..em dan xde mungkin lg bila ungkapan "aku terima nikahnya"

tp bg aku la skang, keje kita...wat ape2 seikhlas mungkin....yg menilainya tuhan..bukan manusia..kita ikhlas utk kepuasan diri kita gak.apepon..kejar akhirat, dunia kejar kita ;)

insyaALLAH..wallahualam