Translate

Showing posts with label geng psykik berkata. Show all posts
Showing posts with label geng psykik berkata. Show all posts

23 Nov 2012

air mata.

Biarkanlah air mata kita mengalir menyesali segala DOSA,daripada hanya TERTAWA tanpa mengira MASA..

Biarkanlah air mata kita mengalir ketika BERTAUBAT,daripada tak sempat kerana TERLAMBAT..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana SYUKUR,daripada terus terluka dalam KUFUR..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana diberi PETUNJUK,daripada tergoda dengan SYAITAN yang TERKUTUK..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana TAKUT API NERAKA,daripada terus menjadi HAMBA ALLAH yang DURHAKA..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana rindukan SYURGA, daripada terpesona dengan DUNIA hingga DIRI tiada HARGA..

Semoga kita semua selalu dalam Naungan ALLAH AZZA WA JALLA.

Ya ALLAH,tunjukilah kami ke jalan yang lurus...Aamiin ya Rabbal'alamin

21 Nov 2012

aku tak makan mekdi tapi aku minum nescaffe.


member aku ajak g mekdi amek beger free..aku cakap

"beb, aku dah dekat masuk 4 bulan puasa menda alah tu hang taw dak"..sambil gelak sopan

kenapa?

aku jawab "sebab aku nak kurang makan  instant food ni jaga body dan hati hihi..kepci pun aku dah jarang makan"

ok topik mati kat situ.

dalam aku berseorangan membuat esaimen sambil kaki bergoyang mengikut irama lagu-lagu kat lappy ni, tetiba aku bermonolog sendiri..aku tak makan mekdi, mungkin 99% adalah kerana produk itu saham agak tinggi menyumbang kepada yahudi..ah tak payah aku terangkan korang semua tahu sendiri lah kan.lagi sekarang ni ramaiduk heboh boikot sana sini ada yang pihak tak boikot cakap itu ini kepada pihak yg boikot..pihak yg boikot lak cakap kawan2 yg tak boikot ni nanti berdosa, tak prihatin la apa laa..dan macam2 la.nampak?kita sesama Islam sendiri dah berpecah sebab isu boikot ni.ehh jap, aku sambung aku punya monolog tadi tu...

aku dah tak makan mekdi..tapi sampai bila aku mampu bertahan?insya ALLAH..ni da nak masuk 4bulan.
lagipun aku henti bukan ikut orang, tapi sebab hati sendiri..time tu mungkin rasa teramat takut bilamana aku terbaca satu kebenaran..tapi masalahnya...hidup sebagai pelajar ni..membuatkan aku sentiasa berjaga malam ditemani nescaffe yg perghhh! sodap wa cakap lu....aku sentap! mana taknya....nescaffe tu kan dari nestle...nestle dari sape??kalau tak yahudi gak...kalau tak silap ada 4 company besar yg menyumbang kepada saham yahudi ; McD, Nestle, Loreal...satu lagi aku tak ingat pulak.kau ingat sila beritahu aku ye..
hah...gitulah...acane ni..aku terus fikir apa barang pengganti yg aku kena try ni..time ni an aku fikir giler2..tersadai jap esaimen aku..menung panjang aku...yelahh mcd kemain aku tak makan..tapi aku menyumbang lak nestle ni ha..da la aku baru shopping aritu 1 pek besar nescaffe ni..kang buang membazir pulak...dah jadi amalan syaitan~ aishh mintak jauh YA ALLAH...

fikir dan fikir lagi...aku terangguk kepala.emm dah lama...berkurun lamanya....kita ni dah terjajah dengan barang2 dorang...dorang hebat kan mencipta barang keperluan kita ni...dari kecik aku minum susu nestle..mula2 dapat fon nokia....g sekolah beli kitkat time rehat..haus lak beli coke...meningkat remaja..beli perfume ralf lauren, beli barang victoria secret...pheww bangga siot..[ketika itulah]..nak masuk sem baru beli kotex..[sekarang tukar sudah]...tengok tv layan kartun disney punya...hambik! g wayang layan movie depa...phewww tu aku sorang..belum jumlah manusia diseluruh manusia di selangor,malaysia dan seluruh dunia..kayo den kayo...emm tulaahhh dah jadi satu rutin kan...kita dah biasa beli guna dan pakai...susah nak ubah benda lain...dah ubah istiqamah pun kadang2 tersasar...tak pelah ;)) tak mengapa...aku ni tak semua benda aku boleh ubah...ada yang masih dalam proses dan hati,iman akal kena kuat..ohh berbalik aku minum nescaffe ni kan...emm acane?ok lah aku wat kesimpulan atas monolog yg panjang tadi tu...disebabkan dari dulu kita dah dimomokkan dengan barang depa...susah kan nak ubah semua?ok mana yg boleh dihentikan dan diubah tu buatlah...jangan rasa terpaksa ke apa...yg penting rela dan sgt gembira bila korang melakukannya ;) bukan apa...kalau rasa terpaksa ke apa...xkemana...kejap je kesan dia..macam aku dulu..2minggu nazar tak makan mekdi...masa seminggu tu weekend lak ada member balik umah bawak mekdi...aku makan wehh yelahh benda free kan..yg aku nazar ialah..aku TAKKAN BELI di mekdi.tuu..tp kalau sekarang, tgk keadaaan gak...if nak jaga hati sahabat yg mempelawa kita makan..nampak dia sgt ikhlas ajak makan...emm rasa lah makan..jangan berlagak cakap eh aku boikot laa..sian gaza tu..beb, lek luu jangan melulu cakap macam tu..niat manusia dan ikhlas manusia ni kerja ALLAH..kita jangan sekali kali nak pertikaikan..aku kalau orang ajak g beli kat mekdi aku cakap aku dah kenyang..jaga hati dia..biarlah dia beli sorang..ye...dia tahu dan mungkin dia terlupa...kita fikir positif je lah kan..emm yg aku lak..alhamdulillah konsisten gak laa...tak nazar dah..mungkin ada satu kes dulu tu yg wat aku menangis nangis baca buku dia..rasa takut sangat...rasa kesian sangat kat saudara mara yg dibunuh dan ditindas kat luar negara tu..dan salah satu cara aku konsisten mungkin..bila kadang2 iman tetiba rapuh..tetiba mengidam giler nak makan mekdi tu...aku akan ingat balik susahnya saudara kita kat luar sana yg melawan yahudi zionis sehingga terkorban nyawa....lg satu..aku terus tgk duit aku..dari beli kat situ..baik aku beli benda lain..yg lebih berfaedah.mekdi ni makan sekali je...huhu [sedapkan hati...walhal hati meronta nak makan time tu...siyes, hampir aku g beli..last2 aku blahh..terus g kepci..beli yg paling sedap punya] yg lain...aku cubalah...tapi memang susah...dan orang2 yg sedia memboikot segaaalaaa produk yahudi ni..aku tabikkk springgg!! maknanya bergantung segala produk malaysia lah kan?perfume aku pun Jennifer lopez ha...aishh...cakap pung pang pung pang..benda lain pun melambak ag khilafnya..jadi...kita mana boleh tu..buatlah..jangan memfitnah dan menjatuhkan hukum suka suki kpd muslim lain yg masih guna barang2 yahudi ni..bukan salah dorang...kita lahir2 dah minum susu tepung buatan dorang..huhu.


lagu ni dah 2 hari berturut-turut aku play setiap kali bukak lappy..dah dengar lebih 60x..sehari.lalalala~
 

akhir kata, kalau aku tak mampu boikot semua ni...aku akan sentiasa doakan mereka insyaALLAH..dan tak lupaa...doakan saudara Islam diseluruh dunia bersatu..walau yahudi tu sikit dan kecik...tapi ketulenan dorang dan kepakaran dorang buat mereka jadi tangan yg berkuasa menjaga pentadbiran dunia..kita?Islam kita ni tulen ke ya?aku tunduk kepala lagi....solat pun kadangkala terlambat...T_T subuh terlajak...kadang2 dengar orang2 cakap buruk..aku tak tegur..aku dengar sekali...orang wat fitnah..aku tak tolong cari kebenaran..dan macam2 lagi..aku mampu doa doa doa...insyaALLAH usaha yg sedikit ini dengan boikot beberapa produk mereka yg aku mampu...harap dapat membantu agar kewangan dan ekonomi serta sokongan moral yahudi laknatullah tu berkurang dan memberi kesan kepada mereka.oh pasal mekdi bagi free tu?aku terkilan giler tgk orang beratur kemain panjang......sedih tgk....memang benda free sedap.tapi bila makan tu tak rasa apa ke????maksud aku...secara tak langsung...bila ramai yg amik beger free tu...tu menunjukkan ramailah yg memberi sokongan moral kepada yahudi dan tentera dorang menyerang kita umat Islam..mangsanya tuuu Gaza, Palestin, Syria dan segala tempat umat Islam yg diancam oleh mereka....typical malaysian..sangat gembira dapat benda percuma..fikirlah wahai saudaraku....kalau tak kasihankan orang2 kat Gaza tu..kasihanilah diri sendiri..ghairah betul..

sekian sahaja curahan hati aku ni.nak post dari hari tu lagi....tapi tak berkesempatan.

jumaat-sabtu g umah rumet aku...dia dah nikah weh ;) hehe dia sebaya aku...dan aku nampak dia sangat bahagia...kami semua mendoakan dia bahagia hingga ke akhir hayat bersama suami tercinta.insyaALLAH.
tadi otw balik surau berjalan kami berdua bersama....sempat aku tanya..kekok tak dah ada suami?dia cakap em kekok juga...yelahh selama ni tunang dorang jarang bercakap..kitorg mesej je[dorang ni alim gak la,suami dia matang..dah kerja kan]..sekarang lain...best bila solat mesti dia imam..tetiba aku dapat bayangkan aku akan cium tangan suami aku setiap lepas solat..huhu jauh betul melayang fikiran aku...hahahahaha.entah siapa la agaknya suami aku nanti..aminkan je laa bila orang cakap "lepas ni giliran ekin lak " walhal dorang tak tahu keadaan aku yang juga berdoa dan tertanya siapalah lelaki yg akan membimbing aku ni..sekejap je topik kawin ni..then hilang la.sebab aku jenis taknak cakap lebih2..biarlah ALLAH buat kerja DIA.aku berdoa je la...

kata psykik : kalau saya bukan jodoh awak, ingat! 
kita berjodoh sebagai sahabat dunia akhirat ;) *sebak
                    saya akan cuba lepas dan bebaskan..
walau payah perasaan rindu sahabat ini untuk mencipta 
                    satu perasaan aneh dalam hati satu ketika dahulu.
saya doakan ALLAH mudahkan segala urusan awak.
lupakan saya..tapi ingatlah dan ingat selalu ALLAH YANG BERKUASA.
ok! now, ayuhhhh study french !! esok test...hahahhaa

2 Nov 2012

mesej dari sahabat BG sentap jiwa raga.alhamdulillah

sedang aku rancak membalas komen di twitter dan facebook

tetiba masuk 1 mesej.
lalu ku lihat paparan skrin hp ini..dari sape?
owhh sahabat BG aku rupanya...dengan penuh semangat open dan read.

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya,kerana ALLAH teramat menyintainya......

TETAPI

andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimana ALLAH tuk menjaga kita?
ALLAH seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita.
Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, ini bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali tuk dijagaNYA..

mengapa masih ragu2?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari..hargailah diatas kesempatan yg ALLAH berikan.Sebesar-besar dosa adala dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya

-Imam Ghazali-"


nah kau! sehingga penghujung Imam Ghazali itu mesej aku terima.panjang dekat 5 page..tapi mesej tu dia byk guna shortfom lah..kat sini saje aku guna agak formal ;) 

alhamdulillah ;)
terima kasih sahabat BG ku tersayang..walaupun aku mula2 cam "ehh nape dia bagi aku mesej camni...aku xde masalah apepun dgn laki..aku leh handle hati aku..yg bermasalah hati thdp lelaki mgkin budak lain"

ha itu serba sedikit hati aku berkata..atau mungkin juga "aik, ni salah paham ke ape ni..aku ok je la..bukan tahap kecewa ke ape.."

dan mungkin juga "emmm mungkin dia bg aku mesej ni sbb aritu aku cite yg bestfren laki aku koma..aku sedih gilaaaaaaaaaaaaaaaaa....aku bengkak mata sbb dia..sbb aku doa sgt2 dlm solat hajat aritu..aku mintak bestfren aku sedar..dan alhamdulillah keesokan harinya ALLAH makbulkan doa aku.alhamdulillah dia sedar..ni dah hampir emmm lebih kurang 3 mnggu tiada sebarang mesej apetah calling dari dia.sbb fon dia hancur time kemalangan tu rasanya..aku tahu pape update ni pun aku mesej no family dia."

*aku tak sempat nak share dalam ni perihal bestfren aku koma..aku sayang dia,.dia mesej aku selalu..atau mungkin setiap hari..paling koman 3 hari mesti dia akan mesej atau call..tapi sejak dua menjak dari hujung tahun lepas..kitorg cam renggang banyak sbb kesibukan masing2 yg tak terperi.dia pernah cakap,ikutkan hati setiap hari nak mesej dan tanya khabar aku.tapi taknak mesej selalu sbb bagi ruang dan taknak aku rimas dan dia sangat memahami kesibukan aku.yg aku pulak kebanyakan masa aku...hmm kurang pedulikan sgt..tapi mesej tu selalunya aku reply..even sesiapa pun lah..aku jenis mereply selagi boleh..tapi datang malas dan ada sesuatu aku ingin duga, so aku takkan mesej balik.dari respond dia, aku dah tahu..dia ternantikan mesej aku.aku pulak selalu buat taktahu.aku jarang mulakan mesej,dan sbb aku terlalu selesa..aku yakin dia akan mesej aku dulu..cuma kadang2 if ada pape..aku nk share pape aku terus mesej dia..kdg2 dia tengah bz dia spent time utk aku,,layan kerenah aku yg sukar diramal ni.mule2 memang aku tak suke pun..apetah ada rasa sayang tu,..sumpah! aku pun tak tahu nak ungkap macam mane..susah beb susah..masa je yg tentukan segala perasaan yg ada..dan bantuan ALLAH yg tolong berikan dia sbg perantara hubungan sahabat yg kami ada.[tetiba terfikir mungkin ini ujian aku..bila dia koma tu baru aku cari2..walhal time tu dah seminggu dia koma, aku lak baru tahu sbb baru bukak FB dia pagi tu..kalau aku tak pegi tgk FB dia,,sampai hari ni laaa aku taktahu..dan yess, aku sgt rindu mesej2 gaduh dengan dia..mesej2 nasihat dia..]

ok cukup takat tu.back to mesej yg aku terima tadi *hati kecil kuatkan semangat!

mungkin sahabat BG aku ni mesej camni sebab nak ingatkan aku bahawa jangan terlalu sedih hanya kerana lelaki! yup absolutely right!!lelaki yg bukan halal utk kita..lelaki yg hanya berstatus kawan/sahabat kpd kita...kenapa perlu kita sayang dan rindu dia sedangkan hati ini sepatutnya dibajai zikir2 utk mengingatiNYA??kenapa...ok ni dah sentuh bab perasaan..kan ke DIA sendiri yg tiupkan perasaan ni kpd manusia..kasih,sayang dan cinta..jika tiada semua tu mana mungkin manusia hidup berkeluarga kan..

last2 aku fikir..bagus jugak..sekarang ni payah dan susah la hati aku nak caye cakap laki bila sentuh perasaan bagai ni.tapi geng2/kawan/sahabat lelaki aku lebih ramai dr perempuan..kenapa?aku selesa.tapi sekarang aku lebih ramai kawan dan sahabat perempuan sebab aku ingin benar2 mengambil berat hal hati yg dihadapi mereka.sahabat2 perempuan aku ada yg lebih alim dari aku..tapi bab lelaki cair jugak..tersungkur,,rebah...makan xkenyang tido xlena.YA ALLAH, serious buat aku berfikir..macam mane leh jadi camtu ya...sedangkan dia jaga solatnya...tapi bila bab lelaki, gundah gulananya mengancam.
yaaa,,nampak permainan syaitan disitu..sehalus hembusan kasturi...menghasut anak Adam utk mengikut langkah mereka yg terkutuk.Nauzubillah...moga aku dan semua sahabatku terpelihara dibawah lindunganMU YA ALLAH.

aku?alhamdulillah aku boleh atasi masalah laki ni sbb aku kurang berperasaan sikit...sbb aku niat ikhlas bersahabat dgn mereka..em setiap lepas solat aku doa ALLAH jaga hati aku hanya untuk yg halal shj.macam2 la...tapi tu salah satu.sebab tu, aku psyko sahabat2 aku...aku nasihat mana boleh..ingatkan dia tak bagus fikir bab lelaki je.jangan risau...kalau DIA tetapkan kau dengan si mamat tu..macam mane jauh pun, macam mane susah pun, macam mane besar dugaan..korang akan bersatu juga..tapi kalau DIA tak izinkan kau dengan mamat tu..macam mana rapat pun, macam mana mesranya tanpa gaduh..macam mane lama hubungan perkapelan korang, jika tidak DIA katakan KUN FAYA KUN..maka tak jadi juga ;)

baik fikir pasal diri sendiri, pasal study..pasal nak gembirakan family ;) tidak dengan harta dan pangkat mungkin menjaga tingkah laku dan sentiasa hormat dan sentiasa ada untuk family..diorang yg kita kenal dari kita bukak mata memandang dunia..diorang yg kita patut rasa sedih dan rindu..bukan lelaki-lelaki ajnabi itu ye kawan.*tunduk, pandang kaki

yup.dengan hadirnya mesej dari sahabat BG ini juga wat aku semakin sibuk berfikir,ahah, aku memang suka berfikir...sudahlah keje melambak tak siap..tapi luahan hati dan taipan jari ni begitu membuak sekali untuk dilontarkan disini.mungkin aku susah nak kawal diri dari membuat perkongsian..tapi ketahuilah kawan..salah satu cara mengekalkan perubahan kearah kebaikan adalah dengan BERKONGSI.bila kita berkongsi cerita dengan sahabat yang mungin sealiran atau mungkin rela hati ingin menerima perkongsian ikhlas ini..secara automatik, bila kita nak buat balik kesilapan tu..atau bila kita cam tersasau arah ni..sahabat2 inilah yg akan menegur dan mengingatkan semula perkongsian ini.mereka yg tahu hal kisah kita nilah yg bantu kita utk melupakan kisah silam itu.jangn dilupakan semua perkara lepas...kerana kita harus mengenangkan kisah lalu untuk dijadikan pengajaran dan iktibar utk hidup yg  lebih baik.Dulu selalu aku cakap..jangan dikenang benda lama...benda da lepas...takyah dikenang..ye betul..tapi bila aku fikirfikir balik..aku kena ingat balik benda2 yg lepas utk aku tahu mana kesilapan yg aku pernah lakukan.mana perkara yg harus aku elakkan..mana benda yg sepatutnya aku buat dan benda yg aku patut takbuat.YA! aku kena dan harus ingat balik benda lepas...semoga kita rasa taknak dan benci terhadap dosa dan perkara lagha yang kita buat dahulu.insyaALLAH..



*oh ya! sesiapa yg taktahu BG tu hape...meh ceq habaq sikit mai..BG tu bulatan gembira.geng2 usrah la cenggitu.jangan pelik sebab kami saling bergantung antara satu sama lain..nasihat dan tegur menegur antara kami.tiada yg terasa hati malah sangat bersyukur ada sahabat camni

ok sekian.
Assalamualaikum

~kata psykik : tiada yang lama, tiadalah yang baru.patah tumbuh hilang berganti dengan izin ILLAHI~


23 Apr 2012

suke suki


dari jumaat aku ke johor ikut member.
ni td petang baru balik sorang2..
penat jangan cakap
tapi seronok pun xyah cakap

lepas setahun aku kembali ke sana.
bajet plan nak g UiTM Segamat
tapi xjadi sbb plan menjolikan diri berlebihan pula
dengan wayang + makan + jalan2 lagi
malam tadi siapkan exercise LCSH madam bagi
Isnin sok send by email.
hari ni nak jawab French online quiz, tapi dah ditutup pulak T_T
phewwww
harap sir baik hati open balik.



Terminal Segamat leh tahan besar, tp ni xde r banyak sgt kedai
ade byk lagi kosong
starting ni, sikit2 lah kan

hiks ;)

semalam layan Battleship!
terbaek dari ladang perang
perang dengan alien
meremang bulu roma aku
sbb aku sgt suspen
huhu
time tgk Transformers xde rasa camni
ohh ade part dalam Battleship ni wat aku hampir nak mengalirkan air mata
aku ciwek atau tersentuh atau memang hati lembut?entah
mungkin terlalu hayati cerita dia agaknya
ahah! Rihana berlakon sekali dalam tu
lawak2 gak la dialog dorang tu



k la penat bebel
tata
assalamualaikum
;)





13 Dec 2011

they said that

“Your vision will become clear only when you can look into your own heart. 
Who looks outside, dreams; who looks inside, awakes.”       
-Carl Jung-




So, today I remind you all to look into your hearts and
 be awake before you agree to a dream that is not your own.