Translate

13 Oct 2013

SUKA

lebih kurang dua minggu aku kerja dekat situ
first day aku nampak dia
aku terpegun seketika
muka dia macam crush kat kampus aku
okay sapa tak suka kan?
tapi aku hindari selagi boleh
aku banyak diam
tapi berbunga hati bila tahu umur dia lagi tua dari aku
then minggu ni baru aku tahu rupanya dia tipu
umur dia dan aku sebaya je T_T
hampeh kau, gurau kau bikin gua percaya
ergh benci~

aah aku dah tekad aku nak kenal rapat dengan lelaki yang lebih tua
atau paling cikai pun sebaya dari aku
tapi aku redha je kalau jodoh dengan lelaki lagi muda
nanti aku awet muda sekali ye dak haha

okay balik kepada cerita tadi
hurm aku tak suka dia sangat mula mula
tapi dah dia duk tanya borak layan kan aku ni
aku ni banyak tergelak je bila membahan dia ni
huiii tak sangka gak dia kaki bahan
ceskek
ni baru betul buku bertemu ruas
bajet muka baik sekali membahan orang abes aku
so dari hari ke hari aku rasa cam dia ni ada satu tarikan luarbiasa
tipulah kalau aku kata benci
tipulah kalau aku kata tak suka
ada la benda benda dia buat terpengaruh dengan aku agaknya
hahahaha itu lucu!
dia mulakan dulu
aku layankan je
dia ni selalu gelabah bila aku dekat sebelah dia
haha aku pun tak faham

tapi tu lah
kawan kawan je
tak salah kan suka suka
kami professional
doalah kalau dia betul2 ikhlas suka aku
huhu

new hello


berdarah

aku dah sangat penat dengan keadaan yang melemaskan
wanita macam aku beza dengan yang kau pernah jumpa
tolong jujur jika perasaan kita sama
aku tak sanggup tipu hati bagi berdarah
buat sekian kalinyaaa

bila kita suka orang
orang tak suka kita
itu lumrah

tapi bila kita suka dia
dia pun suka kita
tapi sampai sudah
diam sahaja
itu derita

perempuan selalu akan fikir bukan bukan
dan harap lelaki beri penjelasan

tapi kalau ini sudahnya
kita kena redha
ALLAH akan beri kita pasangan yang sesuai
mungkin kita baik sebagai sahabat
tidak lebih dari itu

ku sentiasa doakan kau.

:')

28 Aug 2013

Tuhan, ampunkan aku


duniawi makin bizi
MasyaALLAH..masa untuk lebih membaca tafsir al Quran seperti hobi dulu dah berkurang
tiada apa selain salahkan diri sendiri
tiada alasan sepatutnya
nak seribu daya
taknak banyak helahnya
ah manusia
bila senang mudah melupakan
bila susah baru meraba mencari

persekitaran tempat baru kadang kala
buat kesabaran harus diganda
entah manusia apa yang aku jumpa
takpe, aku cuba memahami
kenapa mereka begitu
kenapa mereka begini
tidak bagus salahkan mereka
mungkin kurang diri kita sendiri
siapa mahu nampak silap sendiri

jadi muhasabah diri bila melihat perangai manusia lain
ucap dalam hati
tak nak jadi begitu


Tuhanku, maaf dan ampunkan aku
 terus pegang hati aku
bimbing aku dan ahli keluargaku, sahabat ku semua nya.
bimbing kami ke jalan diredhai Mu YA ALLAH

buat banyak amal dengan niat nak banyak pahala itu silap
tapi niat ikhlas LILLAHITAALA
dan kerana mahu mendapat Redha ALLAH adalah yang sebaiknya amal
ustaz pesan lagi,
kalau kuat beribadat siang malam kalau abaikan dunia dan masyarakat pun tak jadi juga
jangan lupa doakan orang lain juga
kerana kejayaan dan apa yang kita ada sekarang
bukan semua dari usaha dan doa kita
amal kita banyak mana, pahala kurang juga
harap ehsan orang lain mendoakan
syukur
Islam itu bersaudara
doakan saudara kita yang ditindas agar tabah
doakan kemenangan berpihak kpd Islam
insyaALLAH Ameen

:)

7 Aug 2013

Ucap Selamat Hari Raya


Assalamualaikum.

sebelum teruskan taipan, *letup letup jari dan tengkuk* ahh legaaaa

lama rasa tinggalkan alam aku yang ini.walhal selalu saja ingin dicurahkan
tak mengapa
aku dah semakin memalaskan diri
tak tahu kenapa
semua punca konon di twitter dan facebook dah cukup semua

tipu.
tipu semata.

RINDU DISINI SENTIASA.

Alhamdulillah result degree dah keluar.
Now I am officially graduated! ;))
boleh la sesiapa nak bagi keje ke aku pasni boleh da boleh
eheee

ok seterusnya nak ucap..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN err BATIN hehe n_n

kepada semua sahabat dan saudara mara yang mengenali diriku ini

eh awak kenal saye ke?ekeke


29 May 2013

PATIENCE




"IT IS DIFFICULT TO BE PATIENT BUT TO WASTE 
THE REWARDS FOR PATIENCE IS WORSE"

-abu bakar (r.a)

28 May 2013

aku nak benda tu.


aku harap sangat dia bagi aku benda tu
tapi dia tak faham aku nak
dia buat tak tahu
dia tak bagi aku
walau aku sangat perlukan benda tu

sumpah
kecewa
kata sayang
tapi tak bagi pun
memang rasa dalam hati
aku taknak lelaki perangai kedekut camtu
tak faham pulak tu

memang la kitorg kawan
aku saja nak tengok perangai dia macam mana
saja lah test orang kata
tapi bila bab kedekut ni
serious aku takleh terima
kata kawan beb

aku malas nak ungkit
aku tak berkira apa yang aku dah keluarkan
apa yang aku cuba pertahankan
sudahnya aku sendiri makan hati
 sakit hati sendiri
nasiblah aku jenis cepat sedar diri
ngadu kat Allah jalan terbaik

nilah masalah kau
bila aku dah mula nak buka hati
benda camni terjadi
dan buat aku benci
tak pasal semua laki jadi
bahan caci maki kena keji

ok kejap.
emosi aku tu nampak tak nampak tak
sebenarnya boleh kawal
saja nak menghambur kat sini
hew hew hew
*gelak gedik jap*