Translate

2 Nov 2012

mesej dari sahabat BG sentap jiwa raga.alhamdulillah

sedang aku rancak membalas komen di twitter dan facebook

tetiba masuk 1 mesej.
lalu ku lihat paparan skrin hp ini..dari sape?
owhh sahabat BG aku rupanya...dengan penuh semangat open dan read.

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya,kerana ALLAH teramat menyintainya......

TETAPI

andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimana ALLAH tuk menjaga kita?
ALLAH seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita.
Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, ini bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali tuk dijagaNYA..

mengapa masih ragu2?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari..hargailah diatas kesempatan yg ALLAH berikan.Sebesar-besar dosa adala dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya

-Imam Ghazali-"


nah kau! sehingga penghujung Imam Ghazali itu mesej aku terima.panjang dekat 5 page..tapi mesej tu dia byk guna shortfom lah..kat sini saje aku guna agak formal ;) 

alhamdulillah ;)
terima kasih sahabat BG ku tersayang..walaupun aku mula2 cam "ehh nape dia bagi aku mesej camni...aku xde masalah apepun dgn laki..aku leh handle hati aku..yg bermasalah hati thdp lelaki mgkin budak lain"

ha itu serba sedikit hati aku berkata..atau mungkin juga "aik, ni salah paham ke ape ni..aku ok je la..bukan tahap kecewa ke ape.."

dan mungkin juga "emmm mungkin dia bg aku mesej ni sbb aritu aku cite yg bestfren laki aku koma..aku sedih gilaaaaaaaaaaaaaaaaa....aku bengkak mata sbb dia..sbb aku doa sgt2 dlm solat hajat aritu..aku mintak bestfren aku sedar..dan alhamdulillah keesokan harinya ALLAH makbulkan doa aku.alhamdulillah dia sedar..ni dah hampir emmm lebih kurang 3 mnggu tiada sebarang mesej apetah calling dari dia.sbb fon dia hancur time kemalangan tu rasanya..aku tahu pape update ni pun aku mesej no family dia."

*aku tak sempat nak share dalam ni perihal bestfren aku koma..aku sayang dia,.dia mesej aku selalu..atau mungkin setiap hari..paling koman 3 hari mesti dia akan mesej atau call..tapi sejak dua menjak dari hujung tahun lepas..kitorg cam renggang banyak sbb kesibukan masing2 yg tak terperi.dia pernah cakap,ikutkan hati setiap hari nak mesej dan tanya khabar aku.tapi taknak mesej selalu sbb bagi ruang dan taknak aku rimas dan dia sangat memahami kesibukan aku.yg aku pulak kebanyakan masa aku...hmm kurang pedulikan sgt..tapi mesej tu selalunya aku reply..even sesiapa pun lah..aku jenis mereply selagi boleh..tapi datang malas dan ada sesuatu aku ingin duga, so aku takkan mesej balik.dari respond dia, aku dah tahu..dia ternantikan mesej aku.aku pulak selalu buat taktahu.aku jarang mulakan mesej,dan sbb aku terlalu selesa..aku yakin dia akan mesej aku dulu..cuma kadang2 if ada pape..aku nk share pape aku terus mesej dia..kdg2 dia tengah bz dia spent time utk aku,,layan kerenah aku yg sukar diramal ni.mule2 memang aku tak suke pun..apetah ada rasa sayang tu,..sumpah! aku pun tak tahu nak ungkap macam mane..susah beb susah..masa je yg tentukan segala perasaan yg ada..dan bantuan ALLAH yg tolong berikan dia sbg perantara hubungan sahabat yg kami ada.[tetiba terfikir mungkin ini ujian aku..bila dia koma tu baru aku cari2..walhal time tu dah seminggu dia koma, aku lak baru tahu sbb baru bukak FB dia pagi tu..kalau aku tak pegi tgk FB dia,,sampai hari ni laaa aku taktahu..dan yess, aku sgt rindu mesej2 gaduh dengan dia..mesej2 nasihat dia..]

ok cukup takat tu.back to mesej yg aku terima tadi *hati kecil kuatkan semangat!

mungkin sahabat BG aku ni mesej camni sebab nak ingatkan aku bahawa jangan terlalu sedih hanya kerana lelaki! yup absolutely right!!lelaki yg bukan halal utk kita..lelaki yg hanya berstatus kawan/sahabat kpd kita...kenapa perlu kita sayang dan rindu dia sedangkan hati ini sepatutnya dibajai zikir2 utk mengingatiNYA??kenapa...ok ni dah sentuh bab perasaan..kan ke DIA sendiri yg tiupkan perasaan ni kpd manusia..kasih,sayang dan cinta..jika tiada semua tu mana mungkin manusia hidup berkeluarga kan..

last2 aku fikir..bagus jugak..sekarang ni payah dan susah la hati aku nak caye cakap laki bila sentuh perasaan bagai ni.tapi geng2/kawan/sahabat lelaki aku lebih ramai dr perempuan..kenapa?aku selesa.tapi sekarang aku lebih ramai kawan dan sahabat perempuan sebab aku ingin benar2 mengambil berat hal hati yg dihadapi mereka.sahabat2 perempuan aku ada yg lebih alim dari aku..tapi bab lelaki cair jugak..tersungkur,,rebah...makan xkenyang tido xlena.YA ALLAH, serious buat aku berfikir..macam mane leh jadi camtu ya...sedangkan dia jaga solatnya...tapi bila bab lelaki, gundah gulananya mengancam.
yaaa,,nampak permainan syaitan disitu..sehalus hembusan kasturi...menghasut anak Adam utk mengikut langkah mereka yg terkutuk.Nauzubillah...moga aku dan semua sahabatku terpelihara dibawah lindunganMU YA ALLAH.

aku?alhamdulillah aku boleh atasi masalah laki ni sbb aku kurang berperasaan sikit...sbb aku niat ikhlas bersahabat dgn mereka..em setiap lepas solat aku doa ALLAH jaga hati aku hanya untuk yg halal shj.macam2 la...tapi tu salah satu.sebab tu, aku psyko sahabat2 aku...aku nasihat mana boleh..ingatkan dia tak bagus fikir bab lelaki je.jangan risau...kalau DIA tetapkan kau dengan si mamat tu..macam mane jauh pun, macam mane susah pun, macam mane besar dugaan..korang akan bersatu juga..tapi kalau DIA tak izinkan kau dengan mamat tu..macam mana rapat pun, macam mana mesranya tanpa gaduh..macam mane lama hubungan perkapelan korang, jika tidak DIA katakan KUN FAYA KUN..maka tak jadi juga ;)

baik fikir pasal diri sendiri, pasal study..pasal nak gembirakan family ;) tidak dengan harta dan pangkat mungkin menjaga tingkah laku dan sentiasa hormat dan sentiasa ada untuk family..diorang yg kita kenal dari kita bukak mata memandang dunia..diorang yg kita patut rasa sedih dan rindu..bukan lelaki-lelaki ajnabi itu ye kawan.*tunduk, pandang kaki

yup.dengan hadirnya mesej dari sahabat BG ini juga wat aku semakin sibuk berfikir,ahah, aku memang suka berfikir...sudahlah keje melambak tak siap..tapi luahan hati dan taipan jari ni begitu membuak sekali untuk dilontarkan disini.mungkin aku susah nak kawal diri dari membuat perkongsian..tapi ketahuilah kawan..salah satu cara mengekalkan perubahan kearah kebaikan adalah dengan BERKONGSI.bila kita berkongsi cerita dengan sahabat yang mungin sealiran atau mungkin rela hati ingin menerima perkongsian ikhlas ini..secara automatik, bila kita nak buat balik kesilapan tu..atau bila kita cam tersasau arah ni..sahabat2 inilah yg akan menegur dan mengingatkan semula perkongsian ini.mereka yg tahu hal kisah kita nilah yg bantu kita utk melupakan kisah silam itu.jangn dilupakan semua perkara lepas...kerana kita harus mengenangkan kisah lalu untuk dijadikan pengajaran dan iktibar utk hidup yg  lebih baik.Dulu selalu aku cakap..jangan dikenang benda lama...benda da lepas...takyah dikenang..ye betul..tapi bila aku fikirfikir balik..aku kena ingat balik benda2 yg lepas utk aku tahu mana kesilapan yg aku pernah lakukan.mana perkara yg harus aku elakkan..mana benda yg sepatutnya aku buat dan benda yg aku patut takbuat.YA! aku kena dan harus ingat balik benda lepas...semoga kita rasa taknak dan benci terhadap dosa dan perkara lagha yang kita buat dahulu.insyaALLAH..



*oh ya! sesiapa yg taktahu BG tu hape...meh ceq habaq sikit mai..BG tu bulatan gembira.geng2 usrah la cenggitu.jangan pelik sebab kami saling bergantung antara satu sama lain..nasihat dan tegur menegur antara kami.tiada yg terasa hati malah sangat bersyukur ada sahabat camni

ok sekian.
Assalamualaikum

~kata psykik : tiada yang lama, tiadalah yang baru.patah tumbuh hilang berganti dengan izin ILLAHI~


No comments: