Translate

Showing posts with label pelik tp benar. Show all posts
Showing posts with label pelik tp benar. Show all posts

21 Nov 2012

KENAPA ISRAEL TAK SERANG MALAYSIA?.

ini ada sedikit perkongsian...yg geng aku share kan kat wall FB dia.



Hebat renungan yang diberikan saudara Hakim Najili ini. Kami kongsikannya di sini untuk renungan bersama.





MENGAPA IS RAYEL TAK SERANG MALAYSIA?


1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di ga za, apa sebenarnya intention pihak zio nis yg cuba lakukan. Gaza tue besarnya, tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur ke Barat 7km (jarak cheras - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan ga za shj. Tanah paleystin berpecah belah negaranya.


2. Kalau dilihat dari peta paleystin sekarang, kenapa ianya berpecah2? Mengapa pihak zi0ni$ tidak mengambil kesemua tanah paleystin? ataupun kalau dia nak ambik, kenapa negara paleystin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?


3. Jadik kesimpulan ringkas yg diamati, pihak zi0ni$ sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara paleystin kerana mereka tak mahu umat islam bersatu, mungkin jika bersatu, mmg sekejap shj is rayel akan boleh ditawan semula dengan mudah.


4. Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Paleystin, pihak musuh hanya perlu bomb 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita... tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat2 di mana ramai rakyat paleystin berhimpun, di rumah2, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat paleystin?


5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat islam, di sana mereka MENYEKSA umat-umat islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina mcm fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.


6. Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive thru, apatah lg nasik goreng kampung pun takder drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Sy juga tidak terkecuali, sekarang sedang menggunakan pc yg processornya adalah IN TEL, mmg IN TEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Sapa tak pernah makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke, dan minyak bayi anak sy pun pakai Johnson & Johnson.


7. Secara amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru coffe be an, belum apa2, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh, mcm mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Abis kita makan apa nie?


8. Eyh tengok org sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul2 berperang dgn musuh, kita di sini berperang dgn melihat mempertikaikan kenapa perlu boi kot, kenapa perlu derma, ada yg kata derma bermusim. Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Is Rayel nak serang kita, diorang tak buat apa2 pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding.... Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara2 kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.


9. Biarlah kawan2 kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yg boleh berdoa, biarlah mereka berdoa, sekurang2nya masing2 cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sbb tue kalau tgk di tv, ada org2 muda paleystin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tue kena kereta kebal pun, org dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tp semuanya ada sikap berjuang nak melawan.


10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana2 kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yg nie org penghulu, tak ngam dgn tok sidang, yg tok sidang punya geng tak ngam dgn Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak faham? (Ini adalah exp sy yang paling mahal semasa berkhidmat sbg Kaki Tangan Awam suatu masa dahulu)


11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi paley stin masih lagi wujud hasil doa2 umat islam di seluruh dunia, kita di masjid2 time solat jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan rakyat2 paley stin. Tempat israk mikraj tue bro.


12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sbg alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan "Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang2nya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tgk page sham kamikaze, hari2 post pasal kelebihan solat dhuha, tiap2 waktu ingatkan org suruh solat awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.


13. Tidurlah awal, agar kita dpt berjemaah subuh esok, kan dan dikhabarkan, 'mereka' hanya akan takut kalau subuh kita sama ramai dengan solat jumaat. Kerana itulah sebenarnya kunci kekuatan umat islam seperti umat paley stin yg menyebabkan zio nis takut kerana jemaah subuh mereka.
 
 
 
 
 ahah! dah abes baca?maka apa kata anda...hehe.ok lah tata.

kongsikanlah ilmu walau hanya sepatah perkataan.

bagi aku ni adalah fakta...terasa?tersinggung aku pun terasa sentap mak nox semua adalah...tapi tersentap je terasa je tak cukup jika tiada tindakan susulan apalah gunanya ;)

assalamualaikum.esok pagi ada program dgn prof madya apetah nama dia..tengahari test french pulak.doakan aku dapat jawab dengan baik,lancar dan dipermudahkan ALLAH ya sahabat..terima kasih kerana mendoakan..semoga segala kebaikan anda dibalas seribu kebaikan oleh ALLAH s.w.t AMEEN YA RABBALALAMIN

 

29 Feb 2012

bayi lupa bernafas

 




Setiap orang bernafas sebagai refleksi tubuh untuk hidup. Tapi, tidak bagi Yosua Herron. Bayi yang berusia sembilan bulan berasal Oelwein, Iowa, ini boleh  lupa bernafas. Sepanjang 2010 ini, dia mengalami serangan lupa bernafas sebanyak 19 kali, ketika tidur.

Gangguan pernafasan itu terjadi sejak Yosua lahir. Pasukan doktor Mercy Hospital, yang menangani kelahirannya, menemukan kadar laktat tak normal di tubuh Yosua. Ini membuat keadannya seperti bayi di hujung kematian.

Dari hospital itu, Yosua kemudian ditukar ke Royal Children Hospital dan menjalani perawatan selama 11 hari. Dokter sulit mendiagnosis penyakitnya. dan disyaki, dia mengalami ketidakmatangan otak dan pusat pernafasan ketika di dalam kandungan.

Meski belum sembuh, anak pasangan Susie dan Damien Herron ini dibenarkan pulang. Mereka memasang alat pernafasan neo-natal setiap Yosua tidur. Alat itu dilengkapi monitor dan alarm yang akan berbunyi jika bayi itu lupa bernafas selama 20 saat.

Namun, alat itu tak lantas membuat orangtuanya tenang. Mereka selalu khuatir tak mendengar bunyi alarm ketika anaknya berhenti bernafas. "Aku tidak boleh tidur setiap malam. Aku takut jika kami tidur, kami tidak mendengar alarm," kata Susie, seperti dikutip dari news.com.au.

Rasa panik juga selalu menghantui setiap kali alarm berbunyi. Tapil yang lebih menakutkan adalah ketika Susie melihat Yosua berhenti bernafas. Perut kecilnya turun dan tak naik lagi. "Anda tidak tahu apakah ia akan mengambil nafas lagi atau tidak," katanya.

Jika nafasnya terhenti hingga satu menit, Yosua harus diingatkan untuk bernafas. Caranya, dengan menekan perutnya dan memukul punggung belakang, lalu memberinya nafas buatan. Mungkin terdengar brutal, tapi ini satu-satunya cara untuk membuatnya bertahan hidup.

"Ini perasaan yang sangat buruk, harus memukul bayi sendiri dengan sangat keras. Dan, aku hanya tinggal menunggu ia tersenyum dan semuanya jadi baik-baik saja," kata Susie.

Yosua mengalami serangan pertama dua bulan sepulang dari rumah sakit. Pada 2010, dari total 19 kali serangan, bocah itu pernah mengalami serangan sebanyak enam kali dalam jangka waktu 10 hari.

 sumber: borakkosong.com