Translate

25 Jun 2012

jodoh persinggahan?

sampai disatu tempat, aku yang keseorangan dan kesunyian tahap gaban...tetiba didatangi seorang kawan wanita bersama seorang lelaki yang nampak mesra bersama dia.Otak ligat memainkan peranan siapakah jejaka itu?AH simple mudah dan kacang betul soalan yang diajukan otakku.Hati jawab, menda kau ni otak..dah tentu tu balak,jati,meranti dia...dah berdua senyum simpul..ahad pulak tu..aku tanya tadi pun segan2 nak mengaku..sape lagi kalau bukan pakwe beliau.

aku ingat dengan adanya kawan aku ni tadi boleh lah duk borak2 barang sedas dua ke hape..rupanya haram..makin mengantuk ditahan secara paksa lagi ada..mana taknya..kawan tu layan pakwe saje.em em yela..aku paham aku tahu siapa aku...aish tetiba aku duk berharap datanglah mane2 lelaki yang aku kenal, yang aku boleh tahan suka kawan..yang boleh aku pinjam untuk menyatakan..bukan kau seorang je ade pakwe tau..aku ni pun ada boyfriend.ok konteks boyfriend bagi aku disini ialah kawan lelaki ;)
lagi selesa dan senang begitu tuan-tuan dan puan-puan.

motif, kadang2 bila tengok kawan-kawan dalam keadaan camtu..memang aku tumpang bahagia...tapi dalam masa yang sama..aku seolah berharap aku kahwin cepat..hahahah yelah...nak kesana sini nak laki aku temankan..argh xnak pakwe2 dah..benci tawwwwwwwww...*mood sumpah gedik, baling bom!*

kemudian, aku berjalan ke arah bertentangan...hala tuju aku dan kawan tadi dah berbeza.Aku tersenyum disetiap manusia yang pandangan mataku hadap.bukan ape, kalau2 terjumpa jodoh kat situ ke WAHAHA.ok tak, bukan..em aku terfikir..mungkin ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.Aku pun belum bersedia, nak fikir itu ini macam2 hal lah..fikir nak terlibat dunia perkapelan tu kejap je..nak tido kang hilanglah..biasalah mainan syaitan.Ye, sekuat mana hati aku berkata tidak untuk dunia perkapelan..sekuat itulah dugaan aku untuk mengharungi rintihan dan bisikan syaitan dan iblis...sebanyak itulah harus aku gigih berdoa..walau kadang rasa nafsu berkapel tu menjelma.Alhamdulillah, tuhan masih sayangkan aku dengan menjaga hatiku sebaik mungkin.Sebenarnya hati ini mudah terisi dengan kebaikan mana2 manusia yang sentiasa menghulur kebaikan..siapa tak suka lelaki yang baik..siapa?hah tulah..ramai sangat yang baik..jadi untuk berlaku adil, aku biarkan dan diamkan semua.ye semua..sampai sorang yang aku benar2 suka..juga menjauhkan diri dan ehm hampir sebulan kami tidak berhubung.maka, nampak disitu kekosongan yang begitu ketara membuatkan hati ini separa maya.Hati juga sudah malas memikirkan fokus itu, walhal setia itu masih ada walau kita tidak punya sebarang hal istimewa.namun, aku berdoa jika kau jodohku, maka kuterima.jika tidak, aku redha...aku redha dipertemukan dengan lelaki yang lebih bagus dari dia.Aku redha jika persahabatan kita hanya satu persinggahan sebelum tuhan pertemukan kita dengan pasangan sebenar.

fullstop.
aku harap dia memahami kesibukan ku di waktu kemuncak seorang pelajar.
apa yang aku mahu doa-doa dari mereka untuk aku tempuhi minggu final exam ini.

kata psykik : walau setiap hari ayah call, tapi tadi rasa lain macam..rasa nak tumpah air mata ..sob sob I miss my family too much ;(



 

1 comment:

Anonymous said...

wah....anak ayah...