Translate

28 Aug 2013

Tuhan, ampunkan aku


duniawi makin bizi
MasyaALLAH..masa untuk lebih membaca tafsir al Quran seperti hobi dulu dah berkurang
tiada apa selain salahkan diri sendiri
tiada alasan sepatutnya
nak seribu daya
taknak banyak helahnya
ah manusia
bila senang mudah melupakan
bila susah baru meraba mencari

persekitaran tempat baru kadang kala
buat kesabaran harus diganda
entah manusia apa yang aku jumpa
takpe, aku cuba memahami
kenapa mereka begitu
kenapa mereka begini
tidak bagus salahkan mereka
mungkin kurang diri kita sendiri
siapa mahu nampak silap sendiri

jadi muhasabah diri bila melihat perangai manusia lain
ucap dalam hati
tak nak jadi begitu


Tuhanku, maaf dan ampunkan aku
 terus pegang hati aku
bimbing aku dan ahli keluargaku, sahabat ku semua nya.
bimbing kami ke jalan diredhai Mu YA ALLAH

buat banyak amal dengan niat nak banyak pahala itu silap
tapi niat ikhlas LILLAHITAALA
dan kerana mahu mendapat Redha ALLAH adalah yang sebaiknya amal
ustaz pesan lagi,
kalau kuat beribadat siang malam kalau abaikan dunia dan masyarakat pun tak jadi juga
jangan lupa doakan orang lain juga
kerana kejayaan dan apa yang kita ada sekarang
bukan semua dari usaha dan doa kita
amal kita banyak mana, pahala kurang juga
harap ehsan orang lain mendoakan
syukur
Islam itu bersaudara
doakan saudara kita yang ditindas agar tabah
doakan kemenangan berpihak kpd Islam
insyaALLAH Ameen

:)

No comments: