Translate

23 Jul 2012

3. Alhamdulillah DIA dengar apa aku minta


ALHAMDULILLAH

tiada lain perkataan aku mampu katakan selain atas itu

jika siang, aku sedih
malam ada berita gembira

aku dah kata
DIA dengar segalanya
kini, aku harus sedia
menunggu masa


tuhan, terima kasih kerana terus membantu
terus memeliharaku
terus kurniakan rezeki kepadaku
terus mengasihiku
terus menyayangiku
dan segalanya hanya Engkau yang lebih tahu
dan sentiasa ada bila ku perlu

mohon, agar malaikatMu sentiasa melindungiku

mohon, agar Engkau terus berikan aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan
berikan aku petunjuk agar aku boleh hadap semua dugaan dengan redha dan tabah
janganlah Engkau biarkan aku keseorangan
tanpa sebarang haluan

mohon, agar Engkau sentiasalah membimbingku dan
mereka yang menyayangiku,yang aku sayang.
mereka yang disekelilingku
mereka yang mendoakan kesejahteraanku
mereka yang bersahabat denganku
mereka yang sentiasa alpa dan leka, dan tidak ambil peduli setiap kataku
mereka yang berhati batu bersulamkan akal yang cetek.
mereka yang berpaling dariMu
mereka yang berpura pura berwajah manis dihadapanku
tapi menikamku dengan sungguh sadis caranya
sungguh ia menusuk kalbuku
jika tidak kuat iman, hati bisa kan hancur,luluh
namun segera aku mohon padaMU
agar ampunkan mereka dan berikan mereka kesempatan


tolong bantu mereka juga ya tuhanku
bantu bimbing dan berikan kami hidayah
tetapkan akidah
sucikan hati
eratkan ukhwah
bahagia terpatri
dunia dan akhirat

dunia sementara
akhirat yang abadi,hakiki dan pasti

Ameen Ya Rabb


1 comment:

Anonymous said...

harap semuanya akan ok je ye...