Translate

5 Jul 2012

diari baru Syaaban , tata Rejab.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum penghuni dunia.

Selamat Menyambut Syaaban..buka buku baru tutup buku lama.

yang lama kita barukan
yang buruk kita ketepikan
yang kurang kita tambahkan
yang buruk kita baikkan
yang dendam minta diampunkan
yang dipendam jika boleh, luahkan
yang terkeciwa..jangan biar lama-lama, gembirakan semula
yang berdukacita jangan berputus asa
yang menangis hentikan tangisan
yang meroyan, tenangkan fikiran
yang berniat kebaikan..teruskan dengan amalan
yang berniat keburukan..hentikan ikut nafsu syaitan
yang belajar..ikhlas lah tuntut ilmu agar tidak tersasar
yang bekerja..ikhlas lah berkhidmat utk agama,negara dan bangsa
yang merindu keluarga [macam aku] jangan je pandang henpon..ape lagi call lah
orang xde depan mata, dengar suara jadilah..ye dak?

dikesempatan ini, aku memohon sejuta kemaafan terhadap mana-mana individu yang selama ini terasa hati,tergeget,terbaling,tersepak,terumpat,terjeling manja,terkasar bahasa,tersalah budi,terdendam dalam hati,terbuat muka masam mencuka,terbuat lawak cam orang gila,terambil benda lupa nak pulang,terguris rasa,tersinggung dan tersentuh hati dan rasa..juga pelbagai lagi ter yang aku buat sama ada sengaja ataupun tidak.
MAAF YE.

aku tidak tahu panjang mana umurku,
aku tidak tahu bagaimana rupa buku amalan lamaku,
aku tidak apakah nasibku selepas 5 saat ini,
aku tidak tahu siapa jodohku
apetah lagi segala yang berkaitan rezeki,ajal dan maut.
apa yang aku tahu kini..saat ini masa tidak menunggu kita
nak buat baik jangan fikir 100 kali sangat
memang walau selalu kebaikan yang kita buat tu
lama-lama orang pijak kepala, sebab dia tahu kita bersabar
[aku doa aku jadi makin penyabar]
tapi yakinlah dan percayalah..
ALLAH akan sentiasa disisi kita
sentiasa memberikan perlindungan,petunjuk dan cahaya
selaras dengan doa dan usaha kita.


kini, yang terfikir...jika aku mati hari ini
aku doa agar dimatikan hayatku dalam Khusnul Khotimah
minta dihalalkan segala perkara
minta diampunkan segala dosa

sentiasalah doakan aku disana

disana
ye disana.
alam gelap gelita yang tak mampu aku duga bagaimana penghidupan kita disana.
kelak.



YA ALLAH , terima kasih atas segala bantuanMu terhadap hambaMU yang lemah dan hina ini.
semoga Engkau sentiasa memberikan rahmat dan berkat kepada ku dan seluruh ahli keluarga, serta sahabat ku..
dekatkan aku dengan segala kebaikan yang menuju SyurgaMu
jauhkan aku dengan segala kejahatan yang menuju Neraka Mu

Ameen.

kata psykik : Alhamdulillah, agak tenang aku jawab killer paper semalam.
 

1 comment:

Anonymous said...

mohon maaf juga yer sis....