Translate

17 Feb 2012

Kita Sebenarnya....

Kita sebenarnya....Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..

Kita sebenarnya....Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..

Kita sebenarnya....Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..

Kita sebenarnya....Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..

Kita sebenarnya....Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..

Kita sebenarnya....Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama Nabi-Nabi Allah..

Kita sebenarnya....Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalammua'laikum..

Kita sebenarnya....Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..

Kita sebenarnya....Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..

Kita sebenarnya....Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..

Kita sebenarnya....Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..

Kita sebenarnya....Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..

Kita sebenarnya....Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..

Kita sebenarnya....Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan..

Kita sebenarnya....Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita..

Kita sebenarnya....Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..

Kita sebenarnya....Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka...


Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

يٰقَومِ إِنَّما هٰذِهِ الحَيوٰةُ الدُّنيا مَتٰعٌ وَإِنَّ الءاخِرَةَ هِىَ دارُ القَرارِ

مَن عَمِلَ سَيِّئَةً فَلا يُجزىٰ إِلّا مِثلَها ۖ وَمَن عَمِلَ صٰلِحًا مِن ذَكَرٍ أَو أُنثىٰ وَهُوَ مُؤمِنٌ فَأُولٰئِكَ يَدخُلونَ الجَنَّةَ يُرزَقونَ فيها بِغَيرِ حِسابٍ

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang soleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)


kata psykik : kepada owner artikel atas ni  aku ucapkan ribuan terima kasih.sy terlupa dimana sy jumpe, kerana telah lama berada dlm lappy sy, baru hari ni terdetik di hati untuk meletakkan disini.sekurang-kurangnya dapat sy menambah baik diri yg hina dina ini..kelalaian dunia merasuk jiwa manusia, namun selalu bila ditanya mahu kah kita masuk syurga?jawapan kita adalah YA.siapakah musuh utama ISLAM?jawapannya SYAITAN DAN IBLIS.tapi..aku selalu tewas.namun ALLAH sentiasa membantuku bangkit semula..alhamdulillah...semoga aku ditetapkan iman dilandasanMU YA ALLAH.insyaALLAH







No comments: