ini ada sedikit perkongsian...yg geng aku share kan kat wall FB dia.
Hebat renungan yang diberikan saudara Hakim Najili ini. Kami kongsikannya di sini untuk renungan bersama.
MENGAPA IS RAYEL TAK SERANG MALAYSIA?
Hebat renungan yang diberikan saudara Hakim Najili ini. Kami kongsikannya di sini untuk renungan bersama.
MENGAPA IS RAYEL TAK SERANG MALAYSIA?
1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di ga za, apa
sebenarnya intention pihak zio nis yg cuba lakukan. Gaza tue besarnya,
tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur
ke Barat 7km (jarak cheras - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan
ga za shj. Tanah paleystin berpecah belah negaranya.
2. Kalau
dilihat dari peta paleystin sekarang, kenapa ianya berpecah2? Mengapa
pihak zi0ni$ tidak mengambil kesemua tanah paleystin? ataupun kalau dia
nak ambik, kenapa negara paleystin tidak menjadi negara yang
bersambung-sambung?
3. Jadik kesimpulan ringkas yg diamati,
pihak zi0ni$ sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara paleystin
kerana mereka tak mahu umat islam bersatu, mungkin jika bersatu, mmg
sekejap shj is rayel akan boleh ditawan semula dengan mudah.
4.
Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Paleystin, pihak musuh
hanya perlu bomb 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan
elektrik. Habis cerita... tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat
tersebut, mereka menyerang tempat2 di mana ramai rakyat paleystin
berhimpun, di rumah2, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus
umat paleystin?
5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia,
yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat islam, di sana
mereka MENYEKSA umat-umat islam secara fizikal. Kita di sini, mereka
MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform
yang telah mereka bina mcm fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara
berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.
6.
Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive
thru, apatah lg nasik goreng kampung pun takder drive thru, nak order
pun 10 minit nak goreng. Sy juga tidak terkecuali, sekarang sedang
menggunakan pc yg processornya adalah IN TEL, mmg IN TEL ada kilang di
merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya
ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Sapa tak pernah makan Kit Kat, air
yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke, dan
minyak bayi anak sy pun pakai Johnson & Johnson.
7. Secara
amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa
kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita
tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba.
Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru coffe be an, belum
apa2, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh,
mcm mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa
kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Abis
kita makan apa nie?
8. Eyh tengok org sana berperang kita di
sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul2
berperang dgn musuh, kita di sini berperang dgn melihat mempertikaikan
kenapa perlu boi kot, kenapa perlu derma, ada yg kata derma bermusim.
Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Is
Rayel nak serang kita, diorang tak buat apa2 pun kita berperang sesama
sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding.... Sebab apa
menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan
saudara2 kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur
free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.
9. Biarlah
kawan2 kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma,
ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yg boleh berdoa, biarlah
mereka berdoa, sekurang2nya masing2 cuba melawan dengan kudrat apa yang
ada. Sbb tue kalau tgk di tv, ada org2 muda paleystin yang baling batu
ke arah kereta kebal. Batu tue kena kereta kebal pun, org dalam kereta
kebal tak dengar bunyinya. Tp semuanya ada sikap berjuang nak melawan.
10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat
islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak
caya? cuba masuk mana2 kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14
orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang
veteran. Yang nie orang tok sidang, yg nie org penghulu, tak ngam dgn
tok sidang, yg tok sidang punya geng tak ngam dgn Timbalan Pengerusi
Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik
pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik
dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah
1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua
Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan
Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak
faham? (Ini adalah exp sy yang paling mahal semasa berkhidmat sbg Kaki
Tangan Awam suatu masa dahulu)
11. Jangan lupa juga
sesungguhnya bumi paley stin masih lagi wujud hasil doa2 umat islam di
seluruh dunia, kita di masjid2 time solat jumaat pun khatib bacakan doa
kesejahteraan rakyat2 paley stin. Tempat israk mikraj tue bro.
12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar,
janganlah kita jadikan situasi tersebut sbg alasan untuk kita tidak
boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang
perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik
baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula
beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan
makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal
30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan
"Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang2nya boleh menjadi ulangkaji
kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tgk page sham kamikaze, hari2
post pasal kelebihan solat dhuha, tiap2 waktu ingatkan org suruh solat
awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu
'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.
13.
Tidurlah awal, agar kita dpt berjemaah subuh esok, kan dan dikhabarkan,
'mereka' hanya akan takut kalau subuh kita sama ramai dengan solat
jumaat. Kerana itulah sebenarnya kunci kekuatan umat islam seperti umat
paley stin yg menyebabkan zio nis takut kerana jemaah subuh mereka.
ahah! dah abes baca?maka apa kata anda...hehe.ok lah tata.
kongsikanlah ilmu walau hanya sepatah perkataan.
bagi aku ni adalah fakta...terasa?tersinggung aku pun terasa sentap mak nox semua adalah...tapi tersentap je terasa je tak cukup jika tiada tindakan susulan apalah gunanya ;)
assalamualaikum.esok pagi ada program dgn prof madya apetah nama dia..tengahari test french pulak.doakan aku dapat jawab dengan baik,lancar dan dipermudahkan ALLAH ya sahabat..terima kasih kerana mendoakan..semoga segala kebaikan anda dibalas seribu kebaikan oleh ALLAH s.w.t AMEEN YA RABBALALAMIN
No comments:
Post a Comment